PELITA JAYA LIGA ISL 2011/2012

Satu perkhabaran positif dari negara Jiran,dimana Safee Sali yang mewakili kelab bolasepak Pelita Jaya telah dilantik menjadi Kapten untuk pasukan itu.Berita ini disampaikan oleh admin SafeeSali_10 Official Facebook kepada peminat bolasepak tanahair khasnya peminat Safee Sali sendiri.


Berikut merupakan status yang diumumkan

Safee Sali telah diumumkan sebagai Kapten Pasukan Pelita Jaya utk musim liga ISL 2011/2012 selepas tamat sesi latihan petang tadi. Ini adalah satu penghargaan besar buat Safee dan seluruh peminat bolasepak Malaysia. Pertama kali anak Msia dilantik ketua pasukan professional luar negara. Safee dlm ucapannya lepas diumumkan tadi berjanji utk memikul tanggungjawab yg besar ini dgn baik dan mohon kerjasama semua utknya jalankan tugas dgn baik.

Apa-apapun,tahniah diucapkan kepada Safee Sali,pastinya perkara ini akan membuka mata pihak lain.Apa yang pasti, peminat Safee Sali begitu teruja dengan pengumuman ini.Rata-ratanya bergembira dan melahirkan rasa bangga terhadap Safee Sali