Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 8, 2011

Pengarah Klip 3GP Rasa Bersalah


Ketika GUA menemubual Mimi dan Jojo One Nation Emcees baru-baru ini, pengarah filem Klip 3GP, Aidil Fitri Mohamed Yunos turut berada bersama. Belum sempat pasangan ini menjawab persoalan yang GUA ajukan, Aidil terlebih dahulu memberikan komen. Jelas Aidil, sebagai pengarah, dia berasa bersalah apabila mengetahui hubungan cinta Mimi dan Jojo terjejas akibat daripada aksi-aksi yang dilakonkan oleh Mimi dalam filemnya itu.

“Apabila saya dapat tahu hubungan mereka menjadi rengggang kerana aksi-aksi ranjang yang dilakonkan oleh Mimi itu, saya berasa bersalah kerana sedikit-sebanyak saya bertanggungjawab kerana itu filem arahan saya. Saya pun tidak sangka Jojo tidak dapat menerima lakonan Mimi itu. Saya percaya Jojo ada alasannya. Bagaimanapun, saya ingin ingatkan Jojo bahawa apa yang dia lihat di skrin itu hanyalah lakonan semata-mata. Bukan diri Mimi yang sebenarnya.

Terus-terang saya katakan, semua adegan yang ditampilkan itu ada tujuannya. Bukan dibuat sekadar untuk menarik penonton datang ke pawagam. Mimi sudah melakukan yang terbaik. Dia berjaya menjiwai watak Maya dengan baik walaupun ini adalah lakonan pertamanya,” ujar Aidil.
Sementara itu, menurut Pengurus One Nation Emcees, Jairulez Jalil, walaupun hubungan Mimi dan Jojo tidak seperti dahulu, tetapi secara profesional mereke masih boleh bekerjasama.

“Mimi dan Jojo tidak mencampur-adukkan urusan peribadi dengan urusan profesional. Setakat ini ia tidak menjejaskan karier One Nation Emcess. Sebagai orang yang paling dekat dengan mereka, saya mengharapkan mereka dapat mencari jalan terbaik. Sebagai seorang lelaki, saya memahami perasaan Jojo. Kalau kita sayangkan seseorang, pasti perasaan cemburu itu akan ada,” ulas Jairulez pula.

Menyentuh sedikit perkembangan terbaru juara Gangstarz musim kedua ini, rupa-rupanya mereka kini sedang sibuk dengan beberapa projek single bersama beberapa penyanyi senior seperti Fazley Yaakob, Jeffrey Din dan Hazami. Dalam masa yang sama, mereka juga sedang sibuk mengumpul material untuk album terbaru mereka yang dijangka menemui peminat pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment