Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, August 13, 2010

8 bulan Memey usung tilam

HULU KLANG: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dia melihat Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, membawa selimut dan tilam dari ruangan pejabat atas ke tingkat bawah pejabat Norman Hakim, hampir setiap hari dalam tempoh lapan bulan sebelum pasangan itu ditangkap berkhalwat.

TENANG...Norman bersama Memey hadir  di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
TENANG...Norman bersama Memey hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, yang pejabatnya berjiran pejabat Norman mendakwa dia hampir dituduh bersubahat dengan Norman dan Memey oleh penduduk sekeliling kerana tidak membuat laporan walaupun menyaksikan kemungkaran itu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey, 21, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

“Pada hari kejadian, saya lihat Memey sekali lagi melakukan perbuatan itu (membawa selimut dan tilam) dan hanya Norman memakai baju-T dan seluar pendek (boxer) berada di dalam (pejabat).

“Ketika penguat kuasa membuat serbuan, saya nampak Norman memanjat pintu jeriji besi di bahagian belakang untuk naik ke tingkat atas. Sebelum ini, saya tidak mahu menjadi saksi dan hanya mahu menjadi pengadu.

“Tapi, hampir dua tahun berlalu dan pelbagai pembohongan dan helah dilakukan Norman, Memey dan abangnya Saufi. Oleh itu, sebagai orang Islam saya mesti menegakkan kebenaran,” katanya ketika menjawab soalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi Mohd Yusri.
Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Kedua-dua tertuduh yang hadir dengan menaiki kereta Memey diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

NAZRI: Jadi kamu yang membuat laporan?
USRI: Ya, saya mengaku saya membuat laporan.

NAZRI: Bila kamu buat laporan ini?

YUSRI: Saya tidak ingat, tetapi dua atau tiga hari sebelum pasangan itu ditangkap khalwat.

NAZRI: Bagaimana kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya pergi sendiri ke pejabat agama.

NAZRI: Kenapa kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya dituduh bersubahat oleh masyarakat Islam di persekitaran pejabat. Perbuatan mereka (Norman dan Memey) hampir lapan bulan dan berlaku setiap hari melainkan ketika cuti Aidilfitri. Jiran meminta saya buat laporan dari awal lagi, tetapi saya tidak setuju memandangkan bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi ketika itu sarat mengandung.

Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di depan pintu dan kadangkala dari tempat letak kereta.
Ada kalanya mengganggu jiran sekeliling. Saya memohon maaf kepada jiran yang saya tidak akan mengadu sehingga Abby bersalin. Itu jaminan saya sebab mereka tuduh saya bersubahat. Jika saya tidak tahan (halang), mereka (jiran) sudah lama buat laporan.

NAZRI: Adakah kamu memantau pada malam kejadian?

YUSRI: Ya, saya diminta pejabat agama untuk memantau pada malam kejadian. Saya tidak perlu risau kerana kejadian berlaku setiap malam. Saya nampak dari lubang pintu (pintu utama) Memey masuk ke pejabat 4-1A sebelum jam 11 malam, Norman sudah ada dalam pejabat.

Kemudian pada jam 11 malam, saya lihat Memey naik ke tingkat atas dan kemudian saya melihat ada dua tetamu datang ke pejabat tingkat bawah (seorang lelaki dan seorang wanita) dan disambut Norman. Kira-kira jam 1 pagi, saya lihat Norman dan dua tetamunya keluar dari pintu pejabat dan turun.

NAZRI: Selepas itu apa terjadi?

YUSRI: Saya lihat Norman mengiringi tetamu keluar dan menutup pintu jeriji serta pintu utama, tetapi tidak dikunci. Tidak sampai satu minit selepas itu, seperti yang saya jangkakan, Memey turun.

NAZRI: Kamu nampak jelas?

YUSRI: Ya, dengan membawa barang sama setiap hari iaitu selimut dan tilam.

NAZRI: Kemudian apa terjadi?

YUSRI: Kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian, Norman balik dan masuk ke pejabat, saya telefon pejabat agama dan memaklumkan mereka berdua ada di dalam pejabat.

NAZRI: Apabila penguat kuasa sampai, berapa anggota ada?

YUSRI: Saya tidak pasti, tetapi mereka memenuhi ruang legar pejabat dan mereka meminta kerjasama saya supaya menutup penghawa dingin serta lampu. Kira-kira jam 2.30 pagi, saya dengar jelas seorang demi seorang anggota penguat kuasa bergilir memanggil Norman supaya pintu dibuka.

NAZRI: Kamu dengar dengan jelas?

YUSRI: Ya, saya dengar mereka panggil sehingga menjerit. Mereka goyang pintu jeriji, tetapi tiada tindak balas dari dalam.

NAZRI: Berapa lama penguat kuasa berada di luar pintu?

YUSRI: Hampir setengah jam. Ketika itu lampu serta penghawa dingin ditutup menyebabkan saya panas. Oleh kerana keadaan itu, saya membuka tingkap belakang untuk membolehkan angin masuk.

Pintu belakang pejabat Norman yang berjeriji besi bersebelahan pintu belakang pejabat saya. Kira-kira 15 minit selepas penguat kuasa mengetuk serta menggegar pintu jeriji Norman, saya mendengar dentuman kuat dari arah belakang.

Saya berlari ke belakang dan melihat Norman memanjat naik ke atas pejabat. Ketika itu badan dia (Norman) sudah separuh ke atas. Jarak pintu belakang itu sangat dekat. Malah, saya boleh mencapai kaki Norman jika saya mahu.

Bagaimanapun, ketika itu saya memutuskan untuk menutup pintu itu kerana perbincangan awal dengan pejabat agama saya hanya mahu jadi pengadu dan bukan saksi.

Bagaimanapun, selepas hampir dua tahun kes ini berjalan dan saya mendengar pelbagai helah daripada Norman, Memey dan Saufi, saya mesti tegak kebenaran.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 3 September depan.

No comments:

Post a Comment