Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, August 9, 2010

Bershopping Dengan Harga Lebih Murah Di KLIA

Selama ini kebanyakan orang akan datang ke KLIA 1 atau 2 jam sebelum flight. Tapi selepas sehari di KLIA persepsi orang tentang KLIA telah berubah 100%. Kita nak nasihatkan supaya korang semua yang ada flight lepas nie, sila datang awal 5 6 jam dan enjoy shopping di KLIA dengan harga yang lebih MURAH dari kat shopping complex.

duty free

Harga barangan kat sini kesemuanya DUTY FREE. Dan sekarang nie ada contest Indulge Till You Fly yang akan membolehkan korang menang percutian ke luar negara hanya dengan bershopping. Dah la murah, siap leh menang hadiah lagi. Memang hebat promosi di KLIA nie.

indulge till you fly

Kita nak kongsikan beberapa gambar kedai-kedai berjenama (dari mata seorang lelaki yang tak berapa pandai shopping) yang ada di KLIA untuk tatapan anda semua. Jangan lupa yang harga di sini lagi murah daripada harga kat shopping kompleks. So tunggu apa lagi. Meh mai KLIA dan shopping.

1. BONIA –Kita dah belikan beg tangan BONIA untuk mak yang tercinta kat KLIA sempena raya nie.

bonia

2. FootWear – kalau kaki tue rasa dah lenguh, boleh carik kasut Crocs, Hush Puppies dan macam-macam lagi la jenama kat sini.

fly klia

3. Karyaneka – kalau anda ada flight masa bulan puasa nie, sila singgah Karyaneka dan beli baju raya kat sini

klia

4. Mango (MNG) – anda seorang remaja? Mungkin MANGO adalah kedai paling sesuai untuk anda bershopping menghabiskan duit raya yang bakal anda terima

klia

Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai yang best. Kedai perfume macam Dior, Chanel memang banyak ada kat dalam KLIA nie. Kedai Body Shop dan HABIB pun ada jugak. COACH pun ada. Secara kesimpulannya semua kedai yang korang pernah terpikir semuanya ada kat KLIA nie.

coach klia

Untuk peminat coklat, jangan risau sebab kita berani jamin korang akan pening kepala tengok banyak sangat pilihan coklat yang ada. Dan untuk mereka yang gemar membaca, MPH dan banyak lagi kedai buku yang lain ada kat sini.

Kalau nak cerita dan letakkan semua gambar kedai yang ada KLIA nie, sampai lusa pun tak habis kot.Kita syorkan kepada mereka yang bakal terbang di KLIA, sila datang awal dan Indulge Till You Fly.

Bershoppinglah di KLIA sebab ianya lagi murah berbanding di kedai di luar sana. Di KLIA, anda dapat Bershopping Secara Berhemah.

No comments:

Post a Comment