Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, August 16, 2010

HOT FM JATUH RATING, SINAR FM RADIO NO.1 MALAYSIA

Baru-baru ini satu kaji selidik telah dilakukan oleh syarikat AC Nielson Malaysia tentang stesen radio tempatan yang menjadi pilihan oleh penduduk-penduduk di Malaysia. Dan hasil dari kejadian tersebut, Hot FM yang sebelum ini bergelar juara telah jatuh ke tangga ketiga.

Hasil kaji selidik itu juga telah menobatkan stesen radio yang berkonsepkan retro menjadi pilihan kepada masyarakat Malaysia iaitu Sinar FM. Wow!!!!!!! Apa sudah jadi?

Adakah ini menunjukkan yang masyarakat Malaysia sudah tawar hati untuk mendengar lagu-lagu nafas baru yang selalu diputarkan oleh stesen Hot FM dan mereka memilih muzik-muzik seperti pop 80’s dan 90’s serta rock kapak?

Sebenarnya, pilihan stesen radio oleh masyarakat Malaysia tak semestinya berdasarkan putaran lagu – putaran lagu yang dimainkan oleh deejay. Mungkin masyarakat Malaysia memilih radio stesen terbaik berdasarkan informasi yang bagus, terkini dan bermutu. Selain itu, segmen-segmen program dalam stesen radio juga mungkin menjadi faktor yang mempengaruhi pemilihan pendengar-pendengar radio. Betul tak?

Bukan semua orang buka radio nak dengar lagu. Macam aku, aku buka radio sebab nak dengar berita-berita tentang apa yang berlaku dekat kawasan aku tinggal. Sebab itu aku memilih Radio Perak menjadi stesen tema dalam radio kereta aku. Wuhuhuhuhu!!! Malunya I!!!!!


Kadang-kadang apabila kita mendengar radio dekat sesetengah radio stesen, boleh dikatakan ada sesetengah lagu tu diputarkan dekat 10 kali sehari. Lama-lama naik bosan kita yang berada dalam kereta ni.

Satu lagi kes yang aku alami, kalau aku naik kereta dari Ipoh ke Kuala Lumpur, then aku pasang satu stesen radio swasta ni, dalam tempoh perjalanan tu, balik-balik yang diputarkan asyik lagu-lagu Indonesia je. Kekadang terasa macam aku ni travel dari Surabaya ke Jakarta je. Hihihihihihhiih…

Dan yang aku perasan lagi, ada sesetengah radio stesen swasta tu langsung tak mainkan lagu-lagu berunsurkan rohani seperti lagu Nasyid dan juga lagu-lagu patriotik. Kadang-kadang bila kita drive jauh-jauh ni teringin juga nak dengar lagu Patriotik. Nak juga aku dengar lagu Sejahtera Malaysia. Ye tak?

Harapnya Hot FM akan ambil iktibar dari kes diorang jatuh rating ni. Dari ranking pertama jatuh ke ranking ketiga tu macam-macam perkara boleh berlaku woooo!!! Silap-silap ada deejay-deejay korang yang angkut kaki ke stesen radio lain. Who knows???

Tahniah kepada Era FM sebab maintain di tangga kedua sebagai pilihan radio tempatan walaupun sudah ketiadaan Din Beramboi.

No comments:

Post a Comment