Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, August 11, 2010

Kronologi peristiwa tergempar dunia 2009


Berikut adalah koleksi peristiwa tergempar dunia 2009. Enjoy your reading…

1. RAJA Pop Michael Jackson, pada 5 Mac lalu, ketika mengumumkan rancangannya mengadakan konsert di London 02 Arena. Rancangan itu tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia, dipercayai akibat terlalu banyak makan ubat berbahaya, pada 25 Jun, beberapa minggu sebelum konsert itu bermula.

2. PARIS (kiri), Prince (kanan) dan Blanket pada majlis memperingati bapa mereka, Michael Jackson, Julai lalu di Staples Center, Los Angeles, 8 Julai lalu.

3. BARACK Obama mengangkat sumpah jawatan untuk menjadi Presiden ke-44 Amerika Syarikat, di dengan Ketua Hakim, John Roberts di Washington pada 20 Januari 2009. Obama juga mencatat sejarah kerana menjadi lelaki kulit hitam pertama menjadi presiden negara itu.

4. AKTRES, Farah Fawcett, antara selebriti Hollywood yang meninggal dunia tahun ini. Farah mati pada 25 Jun di hospital di Los Angeles pada usia 62 tahun setelah sekian lama menghidap barah.

5. SEORANG lelaki memerhatikan keadaan sebuah pusat beli-belah yang runtuh akibat gempa bumi di Padang.

6. BEBERAPA pelajar yang terselamat keluar dari bangunan yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda Padang, di Sumatera, Indonesia pada 30 September lalu. Menurut laporan, lebih 1,300 orang terbunuh dalam bencana itu.

7. MAYAT pemimpin gerila Tamil Eelam, Vellupillai Prabhhakaran diusung oleh tentera Sri Lanka pada 19 Mei 2009. Perang saudara di negara itu berakhir pertengahan tahun ini apabila tentera Sri Lanka menawan wilayah yang sejak sekian lama dikuasai kumpulan Tamil Eelam.

8. PERDANA Menteri Itali, Silvio Berlusconi melambai dari dalam keretanya ketika tiba di kediamannya di Arcore, 17 Disember lalu, empat hari selepas diserang seorang lelaki sakit mental di satu perhumpunan politiik. Berlusconi, 73, turut patah dua gigi akibat serangan itu.

9. CALON pilihan raya presiden Iran,Mir Hossein Mousavi (tengah) mengangkat tangannya ketika menghadiri perhimpunan pembangkang Jun lalu. Tunjuk perasaan itu diadakan selepas Presiden Mahmoud Ahmadinejad diisytihar menang pada pilihan raya 12 Jun. Pembangkang Iran mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya itu menyebabkan beberapa pertempuran berlaku antara mereka dengan polis.

10. PENDUDUK bergayut pada wayar eletrik untuk menyelamatkan diri sementara yang lain mengharungi banjir ketika Taufan Ketsina melanda Cainta Rizal, timur Manila 27 September lalu. Selain Filipina, Vietnam dan Kemboja juga terjejas teruk akibat ribut taufan berkenaan yang menyebabkan banjir paling buruk dalam tempoh 40 tahun. Lebih 400 orang dipercayai mati akibat bencana itu sementara ratusan ribu penduduk terpaksa berpindah.

11. SEORANG WANITA Palestin meraung selepas melihat mayat anggota keluarganya yang terbunuh dalam serangan berpandu Israel di kediaman mereka di Beit lahiya, Semenanjung Gaza pada 8 Januari 2009. Lebih 1,300 orang penduduk Palestin di wilayah yang dikuasai Hamas itu terbunuh dalam keganasan Israel selama lebih sebulan.

12. TIGER WOODS mengambil keputusan berehat daripada menyertai kejohanan golf selepas skandal seksnya dengan 14 wanita terbongkar November lalu.

12. PELAYAN kelab malam, Rachel Uchitel mmembuka pintu keretanya di kediamannya di New York. Rachel ialah antara 14 wanita yang didakwa menjadi kekasih gelap Tiger Woods.

13. PIHAK berkuasa Indonesia mengusung keranda Noordin Mohammad Top, orang paling dikehendaki di Asia Tenggara dan didakwa terbabit dalam pelbagai serangan bom di Indonesia. Noording ditembak mati 17 September lalu di jawa Tengah.

Source: Harian Metro

No comments:

Post a Comment