Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, August 8, 2010

Tak sedia jumpa Zahid



TERUS terang, Nita enggan memanjangkan cerita. Cukup sudah ceritera cinta yang tidak berpanjangan dengan mantan juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid, 29, bertebaran lalu menjadi tatapan percuma umum sejak pasangan itu menoktahkan hubungan istimewa tanggal 28 Jun lalu.

Diakui, penyanyi berusia 29 tahun itu harus berdepan polemik tidak membenarkan dirinya terkeluar daripada prinsip – enggan membuka pekung mana-mana pihak. Baik dirinya atau bekas teman lelaki, hal luar dan dalam hubungan terbentuk sejak 10 Oktober 2007 itu, biar menjadi rahsia.

Kesempatan bertemu Nita baru-baru ini, tiada perubahan nyata pada permukaan luaran. Dia masih Nita sama. Canda dan tawanya seperti selalu walau lebih sebulan dia tidak lagi terkait dengan Zahid ibarat sinonimnya mereka sepanjang tempoh dua tahun lapan bulan lepas.

Muncul dengan baju tanpa lengan dan seluar paras lutut paduan rona kelabu, anak kelahiran Selayang, Kuala Lumpur itu pantas memulakan bicara: “Sesi fotografi ini mesti hendak tanya tentang kisah saya selepas putus cinta dengan Zahid. Macam saya tidak tahu pula. Betulkan?”

Tahu dia menjadi individu paling tepat untuk memberi penjelasan selain daripada mulut Zahid, pelontar lagu Kusut itu awal-awal lagi mengisyarat kata, itu menjadi hari pengakhiran dia bercakap soal cintanya yang terbantut di tengah jalan.

“Dalam hubungan pasti ada pasang dan surut. Ia jadi perkara normal semua pasangan lalui. Tetapi, mungkin jodoh saya dan Zahid hanya sampai setakat ini. Apa boleh dikata, saya hormati perasaan orang lain dan segala pengalaman dilalui selama percintaan ini.

SELAIN mahu muncul dengan single terbaru, Nita juga mahu menukar imej yang lebih sofistikated tetapi masih santai seperti sebelum ini.


“Sejujurnya, saya tidak mahu cakap banyak. Zahid sendiri minta perpisahan ini dengan alasan tiada persefahaman. Dia pernah cakap, saya merupakan wanita yang baik dan hormat orang tua. Cuma keserasian mungkin kurang,” jelas Nita turut menafikan orang ketiga menjadi punca perpisahan.

Mengimbau hari Nita dilepaskan dengan ucap penuh santun oleh Zahid, anak ketiga daripada lima beradik itu hanya mampu menerima takdir tersebut dengan perasaan terbuka tanpa ada dendam di hati. Tipu kalau tidak sedih. Namun, dia harus akur.

“Hari Isnin (28 Jun), saya segera hubungi seorang teman selepas dapat panggilan telefon daripada Zahid. Saya menangis sepuas hati sambil meluah isi hati dengan apa yang berlaku. Saya bersendirian dalam bilik seharian tanpa bercerita situasi sebenar kepada keluarga.

“Tidak tertahan lagi duduk seorang diri, saya meminta salah seorang kawan baik ambil di rumah dan bermalam di tempat tinggalnya di Damansara selama beberapa hari. Selepas itu saya rasa stabil semula. Mungkin kerana saya dikelilingi orang yang tidak henti memberi sokongan.

“Alhamdulillah, kini aktiviti seharian saya berjalan seperti biasa. Ya, sesekali memang ada terasa sedih. Tetapi, saya optimis meneruskan hidup,” jawab Nita yang belum bersedia bertentang mata dengan Zahid dalam tempoh terdekat ini sama ada untuk persembahan pentas atau sesi fotografi.


MENGANGGAP hubungan dengan Zahid tidak panjang, Nita bahagia meneruskan kehidupannya.

Membenarkan sahaja mulut segelintir orang menganggap Nita tidak profesional, hakikatnya, dia awal-awal lagi tahu tindakan dilakukan. Biarpun kurang pasti sampai bila mampu bertahan tidak menatap wajah Zahid, dia sendiri tidak punya jawapan selain menyerahkan waktu yang berputar.

“Ini pendapat jujur saya. Harap orang lain hormat pendirian ini. Saya yang lalui segalanya. Justeru, izinkan saya buat apa dimahukan,” spontan luah Nita yang tetap mengagumi ciri khas Zahid seperti baik hati, periang dan gemar menghulurkan bantuan kepada rakan ditimpa kesusahan.

Penjenamaan semula

Menutup kemas perihal cinta, Nita dalam nada teruja menjelaskan, dia tidak sabar untuk merealisasi penjenamaan semula dirinya di daerah seni. Menyedari harus bersaing dengan kehadiran banyak muka baru dan berbakat, wanita tinggi lampai itu bagaimanapun enggan mengaku kalah.

“Insya-Allah, selepas Aidilfitri ini saya akan buat perancangan untuk jadual seni. Malah, saya ingin buat single baru di samping mahu cari peluang pada bidang pengacaraan, peragaan dan lakonan. Saya kena berusaha lebih keras selepas ini bagi melonjakkan semula populariti.

NITA sudah mula merencana kerjayanya semula. Selain menyanyi, dia mahu cuba berlakon dan menjadi hos.


“Selama ini, saya sunyi daripada publisiti kerana mengamalkan sikap tidak mahu cerita personal lebih banyak terpapar di media cetak dan elektronik. Dalam waktu sama, saya sibuk memenuhi undangan nyanyian korporat yang di sekitar ibu negara dan luar daerah.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang ditambah ada sebilangan artis mengeluh sebab tidak banyak tawaran nyanyian, saya bagaimanapun bernasib baik kerana ada dua atau tiga undangan menyanyi dalam sebulan. Saya anggap semua ini sebagai rezeki daripada Allah Taala.

“Cuma, sekarang saya kena buat sesuatu untuk kerjaya agar mencapai tahap lebih tinggi sementelah masuk lima tahun berada dalam industri selepas Malaysian Idol 2,” akui Nita yang sedang mencari komposer untuk membikin lagunya selepas muncul naskhah debut, Nita tiga tahun lalu.

No comments:

Post a Comment