Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, March 18, 2012

Ananda jual Tanjong Energy kepada 1MDB

STESEN jana kuasa elektrik milik Tanjong Energy di Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka.

KUALA LUMPUR – Bilionair T. Ananda Krishnan telah menjual aset penjana tenaga bebas (IPP) miliknya, Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (Tanjong Energy), kepada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bernilai RM8.5 bilion dan ia merupakan antara urus niaga terbesar pernah dicatat dalam industri tenaga negara dan di rantau ini.

Perjanjian tersebut telah dimeterai pada Jumaat lalu dan kini ia tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa.

IPP merupakan penjana swasta yang membekalkan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd.

Syarikat Tanjong Energy yang dimiliki Ananda memiliki lapan loji kuasa yang terletak di Malaysia, Mesir, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka dan Emiriyah Arab Bersatu.

Kapasiti tenaga yang dihasilkan oleh semua loji berkenaan ialah 3,951 megawatt (MW).

Di Malaysia, kesemua loji tenaganya terletak di Melaka iaitu Jana Kuasa Telok Gong 1 dengan kapasiti tenaga 440 MW, Jana Kuasa Telok Gong 2 (720 MW) dan Jana Kuasa Tanjung Kling (330MW).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi, pengambilalihan itu menandakan langkah pertama strategik syarikat itu bagi memenuhi keperluan tenaga negara untuk jangka panjang dan ia dilihat sebagai peluang berharga kepada 1MDB untuk menjadikan Tanjong Energy sebagai pasaran yang baharu muncul dalam pengeluar tenaga bebas.

“Tenaga merupakan antara bidang fokus teras untuk 1MDB. Kami tertarik dengan rekod operasi kukuh Tanjong Energy selain portfolionya yang memiliki pelbagai aset berkualiti, keupayaan dalaman yang mantap dan potensi untuk pertumbuhan baharu di dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kosmo

No comments:

Post a Comment