Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, March 18, 2012

Happy tampil ceriakan skuad Terengganu

FAIROSE (tiga dari kanan) menyerahkan tajaan kepada Che Mat Jusoh pada satu majlis ringkas di Kuala Terengganu semalam.

REPUTASI yang dibina pasukan Terengganu musim ini terus mendapat perhatian syarikat luar untuk tampil memberi tajaan.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mendapat satu lagi tajaan iaitu daripada syarikat telekomunikasi terkemuka Pantai Timur, happy menerusi kontrak sehingga penghujung tahun ini.

Happy yang dilancarkan pada tahun 2007 dan merupakan jenama prabayar yang menawarkan kadar terendah di Pantai Timur akan menjadi rakan telko bagi juara Piala FA 2011 itu menerusi pelbagai bentuk tajaan, termasuk aktiviti melibatkan para pemain.

Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, kehadiran happy sebagai penaja baharu pasukan Terengganu merupakan bukti sokongan yang diberikan oleh syarikat luar dalam usaha memajukan perkembangan bola sepak di negeri Terengganu.

Katanya, happy merupakan penaja ketujuh yang tampil menaja skuad Penyu sepanjang musim ini selepas Specs yang menaja sebanyak RM300,000, Top IT (RM250,000) dan Zaid Enter- prise (RM50,000).

Turut menjadi rakan penaja kepada pasukan itu ialah Ekspress Perdana sebanyak RM50,000 dan TFC.

“Penaja utama kepada Terengganu pastinya kerajaan negeri tetapi dengan adanya rakan-rakan penaja yang lain termasuk happy, ia secara tidak langsung telah menaikkan semangat para pemain untuk lebih berjaya.

“Sememangnya, rakan penaja begitu penting bagi PBSNT sebagai sebuah organisasi yang menguruskan sebuah pasukan dan begitu juga kepada para pemain yang sentiasa memberikan aksi terbaik di atas padang,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara PBSNT dan happy di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Justeru kata Che Mat, adalah menjadi harapan pihak persatuan agar happy terus berkerjasama dengan PBSNT pada masa-masa akan datang dalam usaha membantu menaikkan kegemilangan bola sepak Terengganu.

“Secara keseluruhan, PBSNT menerima tajaan lebih daripada RM1 juta dari pelbagai syarikat yang bekerjasama dengan PBSNT tahun ini,” tambahnya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran happy, Mohd. Fairose Harun berkata, pihaknya bersetuju menjalin kerjasama bersama PBSNT selepas mengambil kira pelbagai faktor positif.

Katanya, selain Terengganu, happy yang beroperasi di Pantai Timur turut menjadi penaja kepada Kelantan.

“Kami juga berharap pasukan Terengganu akan terus berjaya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).”

No comments:

Post a Comment