Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, March 17, 2012

Elakkan disfungsi ereksi seks, mati pucuk etc.

Apa yang amat ditakuti oleh kebanyakan kaum lelaki adalah disfungsi seks, seperti mati pucuk, tak boleh naik, cepat pancut etc.and what ever.. ini disebabkan penyakit tersebut boleh mengurangkan keyakinan diri dan tidak dapat memuaskan pasangan ketika melakukan hubungan kelamin..

Sebelum itu perlu anda tahu definasi disfungsi ereksi.. ia adalah suatu keadaan dimana seseorang lelaki mengalami kegagalan dalam memulakan atau mempertahankan ereksi sehingga waktu yang diperlukan oleh kedua dua pasangan seksual untuk mencapai kepuasan..

Di sini adalah beberapa cara yang dicadangkan oleh pakar pakar kesihatan dalam menjaga kesihatan seksual bagi lelaki untuk mengelakkan disfungsi ereksi..

Pengambilan makanan yang sihat
Elakkan pengambilan makanan yang boleh mempengaruhi kesihatan jantung.. ini kerana jantung berperanan penting dalam kemampuan ereksi ketika pengaliran darah yang diperlukan oleh penis.. banyakkan pengambilan buah, sayur, kekacang, ikan, minyak zaitun dan makanan berprotein..elakkan makanan berlemak dan goreng goreng..

Menjaga berat badan
Semua tahu bahawa berat badan berlebihan boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita termasuk diabetis type 2 yang dapat menjejaskan saraf dan fungsi badan. Jika ia terkena pada saraf yang mempengaruhi penis maka fungsi ereksi juga boleh terganggu..

Elakkan tekanan darah dan kolestrol yang tinggi
Pastikan anda mengawal tekanan darah dan kadar kolestrol dalam badan secara teratur.. ini kerana ia mampu merosakkan salur darah termasuk yang membawa darah penis sehingga boleh menyebabkan disfungsi ereksi.. kembali kepada no 1, amalkan pemakanan yang sihat..

Elakkan pengambilan minuman beralkohol
Minuman beralkohol boleh menyebabkan kerosakan pada fungsi hati, saraf dan mempengaruhi tahap kesihatan badan seterusnya boleh menggalakkan lagi disfungsi ereksi..

Senaman secara teratur
Senaman seperti berjalan, berenang dan aerobik telah diketahui umum boleh meningkatkan status kesihatan seseorang.. badan yang sihat boleh meningkatkan fungsi seks seseorang.. tapi perlu diingat, elakkan tekanan berlebihan pada penis, skrotum dan anus ketika bersukan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya disfungsi ereksi.. sebaiknya sila gunakan alat perlindungan yang betul..

Mengawal kadar hormon testosteron
Pada kebiasaanya kadar hormon testosteron akan mula menurun setelah seseorang lelaki berusia 40 tahun.. dan ia boleh mempengaruhi ghairah seksual seseorang.. dengan itu penting bagi seseorang lelaki memerhatikan kadar testosteron dalam badan.. macam mana nak buat? sila google atau berjumpa dengan doctor..

Berhenti merokok
Jika anda adalah seorang perokok, hentikan ia sekarang.. ia membahayakan kesihatan, membahayakan pembuluh darah dan menjejaskan pengaliran darah ke penis anda..

Jauhi seks berisiko
Terdapat beberapa kes dimana disfungsi ereksi disebabkan oleh kecederaan pada batang penis ketika melakukan hubungan seks.. untuk mengelakkan perkara ini berlaku, hindari posisi yang berisiko dan jika penis terasa sakit sebaiknya seks perlu dihentikan dahulu..

Mengurangkan stress
Keadaan stress yang melampau boleh meningkatkan kadar hormon adrenalin dalam badan yang boleh mengganggu pembuluh darah, menyempit seterusnya boleh menyebabkan disfungsi ereksi.. oleh itu ketahui cara mengurangkan stress dan dorongan seks yang baik..
sumber: google dan WebMD.com

No comments:

Post a Comment