Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, August 16, 2010

Bangi Kopitiam

Walaupun namanya Bangi Kopitiam, tetapi kafe yang saya kunjungi ini terletak di Wangsa Maju.Ada satu lagi di Nilai, Negeri Sembilan. Pemiliknya merupakan pemilik yang sama dengan yang di Bangi, kalau tak silap saya di Wangsa Maju ini merupakan cawangannya yang kedua. Kenal dengan kumpulan Search? Salah seorang shareholder kafe ini adalah pemain gitar kumpulan Search iaitu Kid Search. Apa yang pasti dekorasi di dalam kafe ini amat menawan, dengan gambar-gambar nostalgia zaman dahulukala, alat-alatan antik, contohnya almari, kipas dan lampu zaman dahulu. Kedudukan kafe yang sedikit tinggi dan tingkap yang terbuka membolehkan kita menjengah keluar seperti berada di rumah – rumah kayu di kampung. Aha, tak ketinggalan juga gambar-gambar kenangan kumpulan Search yang dibingkaikan tergantung rapi di dinding kafe.Pheewheett!

Ok, oleh kerana kunjungan saya adalah pada waktu petang, takde la makan heavy sangat. Tengok meja sebelah order Mee Kari, kitaorang pun order jugak Mee Kari. Mak pulak teringin nak makan Tauhu Bakar, anak nak makan Keropok Lekor. Minuman pulak, tiba-tiba tak terasa pula nak minum Kopi O, jadinya bertukar kepada The O. Sedap memang sedap dengan suasana yang rileks memang rasa nak lepak lama. Jenuh jugaklah dok telek-telek hiasan antik yang terdapat di dalam kafe ini. Rasa macam ada kat rumah nenek pulak!

Antara hidangan yang patut dicuba lagi selepas ini Nasi Lemak Rendang Ayam,Nasi Dagang dan juga Soya Cincau.

Tapikan speciality kat sini, of course la Telur Separuh Masak dan Roti Bakar. Ingat nak datang lagilah kat sini, makan breakfast pulak. Barulah betul kan?

Tagline Bangi Kopitiam ini “Lets eat together-gether”. So don’t eat alone, eat together okay! Dan pada masa yang sama rasakan ‘Retro Feels’ yang sukar untuk didapati di tempat lain.


makanan dia boleh laaaaaa.....

The Sign

Dina makan Nasi putih ayam merah... dia kata xsedap....

Aku mkn nasi lemak ayam rendang... tp ni gambar aku cilok.... kedai sama...hehe... kamera xbw lak... muahaha

Kerepok Lekor... sedap.....


Pendek kata Lazat dan berkhasiat!!


* To bro Kid Search nanti belanja saya makan free kat Bangi Kopitiam ye sebab tolong promote. hehe

No comments:

Post a Comment