Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, August 8, 2010

Betul ke artis jambu di kenduri 16 lelaki?

Rate ThisFitnah, aib
Quantcast

KUALA LUMPUR: “Semuanya fitnah individu yang cuba mengaibkan saya,” jelas seorang penyanyi yang dikaitkan dengan pesta liar di Port Dickson dengan 16 lelaki.


“Jadi, bila pula saya berpesta liar di Port Dickson dengan 16 lelaki?” katanya.

Cerita berkenaan mula menjadi buah mulut ramai apabila kebanyakan laman web dan blog tempatan ‘meminjam’ gosip berkenaan daripada sebuah entri yang ditulis seorang selebriti di dalam blognya.
Lebih memeranjatkan, penyanyi itu dikaitkan dengan parti liar di Port Dickson bersama rakannya.

Entri berkenaan turut menceritakan bahawa dia secara rela diliwat oleh 16 lelaki dalam satu masa.

“Semua itu bohong. Selama ini saya berada di Kuching kerana tidak lagi aktif menyanyi, lebih-lebih lagi selepas kontrak bersama syarikat rakaman tamat. Sejak dua tahun ini juga saya mula bekerja di Kuching. Ia membuatkan saya sibuk serta tiada masa untuk berjalan-jalan atau menghadiri parti.

“Saya tidak faham mengapa masih ada gosip seperti itu disiarkan pihak tertentu? Jujur saya katakan, saya menamatkan karier dalam bidang nyanyian kerana mahu fokus dalam kerja. Jadi, mengapa masih ada cerita buruk begini tersebar?

“Lebih pahit, saya dikaitkan dengan seks liar dan diliwat oleh 16 lelaki. Bagi saya ia langsung tidak masuk akal, lebih-lebih lagi saya lelaki tulen dan tidak mengamalkan seks luar tabii,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Penyanyi itu turut menjelaskan, dia terkejut dengan penyebaran gosip yang tidak berasas itu.

Katanya, mungkin pihak berkenaan sengaja mencipta gosip untuk menjatuhkannya.

“Saya tidak risau apa-apa. Lagipun, saya tidak lagi berada dalam dunia seni, jadi ia tiada kaitan dengan saya. Semuanya fitnah dan tidak benar. Harap-harap, masyarakat dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk,” katanya.

No comments:

Post a Comment