Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, August 15, 2010

Marion Counter Dah Sedia Untuk Kahwin

Marion Caunter“Sibuk, penat tapi seronok!” Itu kata hos 8TV Quickie & OIAM, Marion Counter semenjak kena berulang alik terbang Malaysia – Singapura untuk mengacara E! News Asia sejak Mac 2010 lalu. Setiap minggu pada hari Khamis, Marion akan terbang ke Singapura.

Di Singapura, Marion akan menumpang di rumah sepupunya. Tapi kadang-kadang menginap di hotel. Jadual kerja pun tak tentu, kadang kena stay sana dalam 2-3 hari dan kadang-kadang pagi terbang ke Singapura, petang hari yang sama kena balik semula ke Malaysia.

Marion rasa sangat best dapat bertemu dengan selebriti antarabangsa yang semuanya terkenal. Kerjanya sebagai hos di samping Dominic Lau atau lebih dikenali sebagai VJ Dom dari Hong Kong juga menyeronokkan dan keserasian tu dah ada. Mereka berdua mengendalikan program Paparazzi untuk Channel V.

Budiey dengar tak lama lagi, Marion Counter akan menjadi hos kepada satu lagi program TV realiti antarabangsa. Wanita cantik yang kini berusia 30 tahun ini tak dapat umumkan lagi kerana ia masih dalam peringkat perancangan. Tunggu sahajalah program itu akan dilancarkan tak lama je lagi.

Dengarnya juga, Marion Counter akan berkahwin tak lama lagi dengan kekasihnya yang dikenalinya lebih 5 tahun lalu. Oleh kerana terlalu sibuk buat masa ini, Marion Counter akan buat persiapan kahwin selepas September ini. Menurut Marion, dia tak nak menangguh lagi perkahwinannya kerana dia sudah menemui cinta sejatinya.

Siapa kekasih Marion Counter? Haa… biarlah rahsia. Tapi apa yang Marion boleh cakap, kekasihnya itu lebih muda tiga tahun darinya tapi seorang yang matang dan begitu memahami dirinya. Menolak gossip yang mengatakan beliau bercinta dengan kerabat, Marion mengatakan kekasihnya seorang yang bujang, beragama Islam dan dari keluarga yang dikenali ramai. Cinta mereka mulanya tak direstui keluarga tapi lama kelamaan, hubungan mereka diterima seadanya. Jadi, kalau benarlah, maka Marion Counter kenalah memeluk Islam, kan?

Ini dia gambar Marion Counter yang Budiey temui di Pelancaran Saluran MyStory minggu lalu. Nampak bergaya sekali wanita berdarah kacukan Cina, Inggeris dan Portugis ini dengan kebaya renda berwarna firus.

Marion CaunterMarion CaunterMarion CaunterMarion Caunter user posted image

*Artikel dari http://www.budiey.com

No comments:

Post a Comment