Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, August 13, 2010

Sembilan tukang urut ditahan

je 02.1 Sembilan tukang urut ditahan

Wanita warga asing dipercayai tukang urut ditahan di Taman Dato’ Raja Hanifah, Seremban, semalam.
Kesemua mereka yang berusia antara 29 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan yang dijalankan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri kira-kira pukul 3.10 petang.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun yang dipercayai menguruskan pusat urut berkenaan turut ditahan.

Ketua Operasi D7 negeri, Cif Inspektor Raidah Abiddin berkata, serbuan ke atas premis itu dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai serta risikan polis.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada lapan orang warga Thailand dan seorang dari China.

“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati premis ini mempunyai lesen perniagaan yang sah dan kesemua wanita ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tetapi mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat ini,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan serbuan di sini, petang semalam.

Menurutnya, kesemua wanita itu ditahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat kemasukan.

“Mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum dikenakan tindakan lanjut,” jelasnya.

// utusanmalaysia //

je 02.1 Sembilan tukang urut ditahan

Wanita warga asing dipercayai tukang urut ditahan di Taman Dato’ Raja Hanifah, Seremban, semalam.

No comments:

Post a Comment