Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 14, 2010

Kenapa Anda Perlu Sertai Mangga Ad?

Artikel kali ini khusus untuk blogger-blogger yang ada di luar sana tidak kira sama ada part-time blogger mahupun full-time blogger. Hidup ini pasti lebih warna-warni jika kita suka mencuba sesuatu yang baru. Kalau korang semua perasan, blog Oh Malaysia kini dihiasi dengan iklan-iklan Mangga Ad, sebuah rangkaian iklan blog yang seangkatan dengan Nuffnang, Innity dan Advertlets. Mangga Ad ini di bawah pengurusan portal hiburan Mangga Online yang menawarkan peluang untuk mereka yang ingin menjana pendapatan melalui blog.

Mangga Ad mungkin berbeza dengan Nuffnang, Innity dan Advertlets kerana korang perlu menunggu selama 2 minggu sebelum mendapat ‘earning’ yang pertama. Dengar-dengarnya juga, keuntungan Mangga Ad lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat iklan yang lain. Tiada syarat yang diperlukan untuk mendaftar dengan Mangga Ad, sama seperti Nuffnang dan Advertlets. Jadi sesiapa pun boleh mendaftar jika anda semua berumur 13 tahun ke atas.

Mangga Ad ada memperkenalkan widget menarik seperti ‘Friends Widgets’ di mana korang boleh add blogger-blogger lain sebagai kawan. Kepada penggemar-penggemar widget, Friends Widgets ini boleh diletakkan di bahagian sidebar blog masing-masing. It’s optional.

Ganjaran jika anda setia dengan Mangga Ad

Buat permulaan ini, Mangga Ad memberikan bonus RM20 kepada blogger yang setia dengan Mangga Ad. Saya pun dah dapat beberapa hari yang lepas. Di bawah ialah screenshot email dan dashboard sebagai bukti yang saya tak menipu kalian. Hehe. :D

Jika berminat, jangan segan-segan untuk register dengan Mangga Ad.

No comments:

Post a Comment