Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 14, 2010

Kenapa Kita Peduli Tentang Palestin?


Ada sesetengah orang yang mempersoalkan kenapa kita bersungguh-sungguh menyibukkan diri dengan hal ehwal Palestin sedangkan bangsa Arab sendiri tidak pernah bersatu dan ambil peduli. Jawapan kepada persoalan ini ialah, isu Palestin bukan semata-mata isu bangsa malah lebih daripada itu. Mempertahankan al-Aqsa ialah isu aqidah! Mahukah kiblat pertama umat Islam dirampas oleh bangsa Yahudi? Gaza pula merupakan tempat kelahiran Imam Shafii yang mana mazhabnya menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Salahuddin al-Ayyubi

Beliau bukan berbangsa Arab tetapi beliau bersungguh-sungguh dalam membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan tentera Salib. Setelah 88 tahun Baitul Maqdis di bawah penguasaan tentera Salib, akhirnya Islam kembali berkuasa. Semangat yang ada pada diri beliau patut kita jadikan iktibar dalam perjuangan isu Palestin ini.

Perebutan Baitul Maqdis oleh 3 Agama

Sejak bertahun-tahun lamanya, Baitul Maqdis menjadi rebutan tiga agama di dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Perebutan ini terus berlaku sehingga kini. Yahudi dan Kristian bercita-cita untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai tempat suci mereka. Manakala Islam ingin mempertahankan Baitul Maqdis kerana ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Kedudukan Palestin sangat strategik kerana terletak di antara Timur dan Barat. Sejarah juga telah membuktikan bahawa, mana-mana kuasa yang menguasai Baitul Maqdis dan Palestin, akan menguasai dunia. Jadi, kita tidak boleh membiarkan Israel (Yahudi) menguasai Baitul Maqdis dan Palestin.

Bangsa Arab dipandang mulia kerana Islam. Tapi lihatlah mereka selepas hilangnya ‘Nur Islam’ dalam kehidupan mereka setelah ketiadaan khalifah. Sama-sama kita renungkan.

No comments:

Post a Comment