Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, August 11, 2010

Yong- Tau-Fu

14 tahun lepas, masa mengandungkan Iqbal, K.An dan Abang Azam akan naik motor ke pasar malam berdekatan rumah kami di Gombak walaupun dah lewat malam sebab teringin nak makan yong-tau-fu ni.. yang kelakarnya teringat sekali tu pasar malam dah nak tutup dan yang jual yong tau-fu tu kata bahan-bahannya dah nak habis..


K.An kata tak apa asalkan ada kangkung...K.An mintak 3 ikat sekali..heheh.. Nak tau ceritanya, kalau beli yong-tau-fu, K.An suka kangkung banyak-banyak... Entah kenapa, sukaaa sangat dengan rasa kangkung bercampur kuah yong-tau-fu... Satu lagi K.An akan mintak bijan dan kacang tanah lebih....Baru puas hati..

Bila dah nak masuk anak ke-6 ni, pengalaman masak pun dah banyak, rasanya bila teringin nak makan ni, buat je sendiri kan.. lagipun dah lama intai resepi ni kat MyR, cuma belum cuba sendiri je.. Petang tadi dalam hujan renyai-renyai, angkut je budak-budak 4 orang tu pergi pasar dan cari bahan.. (Abg.Azam demam lagi..kesian dia...)

Siaple yong tau fu buatan sendiri. Terima kasih minami@MyR sebab kongsi resepi...
Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

5 tangkai cili kering- resepi asal guna 10 tangkai- pedas sangat plak rasanya
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar bijan- disangrai hingga wangi
1 keping gula melaka
2 cawan air
garam secukup rasa
(resepi asal letak serbuk perasa)- K.An ganti dengan 1 sudu besar sos tiram
gula pasir jika perlu
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu teh belacan

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng cili dengan api perlahan hingga garing. Proses dalam 2-3 minit je... nanti hangus pulak. Cepat-cepat angkat.

2. Masukkan cili ke dalam pengisar bersama 1/2 cawan air. Kisar halus.
3. Masukkan gula melaka dengan 2 cawan air ke dalam periuk. Masak hingga gula cair. Masukkan cili kisar tadi bersama belacan, sos tiram dan garam. Kacau hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung gandum, Perlahankan api. Tambah gula pasir jika belum cukup manis. Kacau kuah di atas api sehingga kuah pekat. Bila siap, bolehlah ditabur bijan dan hidangkan dengan bahan-bahan kesukaan anda.... Selamat Mencuba...


**** anak-anak K.An suka sosej dan jejari ketam. K.An suka kangkung... kacang tanah lebih....
* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment