Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, April 24, 2011

208 Calon Bertanding Dalam PR Ke-14 Singapura

208 Calon Bertanding Dalam PR Ke-14 Singapura

SINGAPURA – Jabatan Pilihan Raya Singapura berkata pihaknya menerima 208 permohonan bagi mendapatkan Sijil Derma Politik apabila tempoh permohonan itu tamat semalam, sekaligus menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 208 orang memohon untuk bertanding dalam pilihan raya Singapura nanti.

Jabatan itu turut menerima 32 permohonan daripada calon dari kaum India serta lain-lain kaum minoriti, dan 39 dari kaum Melayu, menurut laporan Channel NewsAsia.

Sejak beberapa hari lepas, calon pilihan raya yang berpotensi sudah mulai sibuk mengisi borang Jabatan Pilihan Raya dengan penuh hati-hati bagi menempah tempat dalam pilihan raya itu.

Pada 19 April Presiden SR Nathan membubarkan Parliament atas nasihat Perdana Menteri Lee Hsien Loong, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya 2011.

Ia dilaksanakan kira-kira enam minggu selepas laporan Sempadan Pilihan Raya Singapura dikeluarkan.

Menurut Writ Pilihan Raya bagi pilihan raya Singapura yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, hari penamaan calon ditetapkan pada Rabu 27 April, diikuti dengan hari mengundi pada 7 Mei.

Tempoh minimum antara Hari Pencalonan dan Hari Mengundi dilanjutkan dari sembilan kepada 10 hari sebagai pampasan kepada tambahan Hari Bertenang, yang diperkenalkan sebelum ini untuk memberikan masa kepada pengundi bertindak balas terhadap isu-isu semasa yang dibangkitkan, sebelum mereka mula mengundi.

Kawasan pilihan raya Singapura kini terdiri daripada 12 Kawasan Pilihan Raya Keanggotaan Tunggal (SMC), dua Kawasan Pilihan Raya Kumpulan (GRC) empat anggota, 11 GRC lima anggota, dan dua GRC enam anggota.

Kira-kira 2.35 juta rakyat Singapura layak mengundi dalam pilihan raya ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment