Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, April 24, 2011

Suka Duka Konsert ke-3 AF9 : 3 Keluar, 2 Masuk

Suka Duka Konsert ke-3 AF9 : 3 Keluar, 2 Masuk

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk mengeluarkan dua orang pelajar Fantasia 9 (AF9) melalui Operasi Gugur malam tadi adalah berdasarkan persembahan mereka semalam melalui lagu yang dipilih oleh para pelajar sendiri.

Konsert Minggu Ketiga AF9 yang berlangsung di Studio Satu Astro semalam menyaksikan Miza tersingkir selepas mendapat undian SMS paling rendah dan dikritik teruk oleh pengkritik tetap Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan. Turut mengkritik persembahan Miza semalam ialah pengkritik undangan iaitu Norman KRU.

Sementara dua lagi pelajar, Amir dan Aida digugurkan dari AF9 melalui Operasi Gugur kerana tidak menepati piawaian AF. Dua pelajar baru yang diserap masuk adalah Fina yang juga adik kepada Aida dan Hazama.

Pengetua AF9, Amy Search berkata, `Inilah yang akan berlaku jika para pelajar mengambil sikap sambil lewa. Kami tidak ada belas kasihan. Selepas beberapa kelas ada pelajar yang masih tidak menunjukkan peningkatan. Berada di AF sebenarnya banyak tekanan.

“Amir dan Aida tidak tonjolkan bakat. Operasi Gugur tidak diadakan setiap minggu tetapi jika para pelajar tidak mengambil iktibar mungkin ia terpaksa diadakan selepas ini,” jelasnya pada sidang akhbar selepas Konsert Minggu Ketiga AF9 berakhir malam tadi.

Selain dua pelajar baru yang diserap masuk ke AF9, pelajar yang kekal ialah Afif, Azri, Erul, Kay, Raqib, Lena dan Nera.

Operasi Gugur bertujuan memastikan hanya para pelajar yang benar-benar serius bergelar bintang akan dikekalkan untuk mengikuti program pembelajaran di akademi. Penilaian untuk Operasi Gugur ditentukan berdasarkan kualiti persembahan untuk minggu ketiga menggunakan format markah 50 peratus oleh fakulti yang terdiri daripada pengetua dan barisan tenaga pengajar AF9 dan 50 peratus daripada undian penonton.

Juara AF9 bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah sampingan yang lain yang akan diumumkan kemudian. -mynewshub.my

No comments:

Post a Comment