Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, April 2, 2011

Merong Mahawangsa Lepasi Kutipan RM6 Juta

poster hikayat merong mahawangsa
KUALA LUMPUR — KRU Studios berjaya melepasi sasaran awal RM6 juta selepas memungut RM6.3 juta untuk filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan sejak 10 Mac lepas.

Penerbit filem berkenaan Norman Abdul Halim berkata pencapaian itu menunjukkan masyarakat di negara ini boleh menerima genre filem berbentuk kenegaraan yang dipaparkan filem tersebut.

“Ini satu petanda baik kerana kebiasaannya, filem tempatan yang mendapat sambutan baik adalah bercorak komedi atau seram,” katanya kepada pemberita selepas tayangan filem itu yang dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz, mewakili Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Norman berkata selain Singapura dan Brunei, kira-kira 69 negara lain dijangka menayangkan filem itu secara berperingkat mulai Mei hingga Ogos ini.

Beliau berkata kejayaan filem itu, yang menelan kos sebanyak RM8 juta dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan, mampu menjadi batu loncatan kepada produksi tempatan lain menghasilkan karya bermutu serta bertaraf antarabangsa.

Filem berkenaan mengisahkan perjuangan raja kerajaan Langkasuka, Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman Hughes untuk membebaskan Puteri Raja China lakonan Jing Lu Si dari cengkaman kerajaan Geruda yang menculiknya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment