Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, April 24, 2011

The Mines Downtown/ Bazar Larut malam Mines



Pewaris Malaysia telah berjaya mengusahakan satu lagi projek ekonomi untuk anak bangsa.
Bazaar Larut Malam Mines @ The Mines Dowmtown yang terletak dilokasi strategi perlancongan The Mines tourism, berhadapan dengan The Heritage Resident Mines Sri Serdang Selangor ( seberang jalan berhadapan dengan komplek The Mines Shopping ) yang telah beroperasi sejak 04hb Mar 2011.

Berkapasiti 800 lot perniagaan yang mana 90% dari 400 lot telah disewa oleh anak bangsa setakat ini.Lot-lot khemah yang kekal (tak perlu di pasang/buka setiap hari), peniaga dibenarkan meninggalkan barangan niaga di lot masing-masing.Dikawal 24 jam oleh The Mines Security & juga oleh pihak pengurusan. Lot khemah yang bersaiz 10' x 10' dengan susun atur yang menarik. Kedudukan di tengah-tengah pusat perlancongan tersohor The Mines di negeri Selangor.

Yang uniknya setiap kali waktu solat, azan akan dikumandangkan untuk menyenangkan umat islam mendirikan ibadah.Difahamkan pihak pengurusan The Mines Downtown sedang dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan pasarana di bazaar tersebut seperti SURAU & tandas awam.

Mari kita beramai-ramai memeriahkan bazaar ini yang pertama berkapasiti sebesar ini, sambil kita nyatakan bahawa bangsa Melayu juga ada kawasan perniagaan yang tersohor menyaingi The Little India di Brickfield & The Little China di Petaling Street.


SEMUGA USAHA INI MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT. AMIN
TOLONG HEBAHKAN KEPADA UMUM SAMBIL KITA JAYAKAN IMPIAN THE TRUTH MALAY BAZAAR & THE BIGGEST IN TOWN.



No comments:

Post a Comment