Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, April 2, 2011

Kebijaksanaan Ferguson Ubah Permainan United

Rooney hat-trick as United down West Ham

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney memuji pengurus pasukan, Alex Ferguson yang disifatkannya telah menjadi inspirasi kebangkitan mereka untuk menewaskan West Ham 4-2 malam tadi.

Pada aksi di tempat lawan itu, United ketinggalan 0-2 sebelum bangkit membalas empat gol menerusi hatrik Rooney dan satu gol lagi hasil jaringan pemain gantian, Javier Hernandez atau Chicharito.

Menurut Rooney, kemasukan Chicharito pada permulaan babak kedua disusuli kemasukan Dimitar Berbatov menjadi nadi buat United mengubah suasana permainan.

“Berbatov cukup hebat dengan kawalan bolanya dan dia membuatkan permainan kami kembali menjadi pada babak kedua.

“Ternyata pertukaran pemain yang dilakukan Ferguson cukup baik dan ia memberikan kami kemenangan yang bermakna,” kata Rooney selepas perlawanan.

United yang turun tanpa penjaga gol utama, Edwin van der Sar yang mengalami kecederaan pangkal paha ketinggalan seawal minit ke-10 setelah bola terkena tangan Patrice Evra dan sepakan penalti disempurnakan Mark Noble menewaskan Tomasz Kuszczak.

Pada minit ke-24, United terus parah apabila Nemanja Vidic menjatuhkan Carlton Cole dan sekali lagi Noble tampil menyudahkan sepakan penalti untuk memberikan West Ham pendahuluan 2-0.

Kebangkitan United bermula pada babak kedua apabila sepakan percuma Rooney menghasilkan gol pertama (m-64) disusuli gol keduanya menerusi rembatan cantik (m-72) manakala hatrik Rooney terhasil hasil sepakan penalti (m-78).

Chicharito melengkapkan malam gemilang United di gelanggang lawan apabila menjaringkan gol keempat pelawat pada minit ke-83.

Sementara itu, Ryan Giggs yang ditolak ke bawah untuk beraksi di posisi bek kiri menggantikan Evra yang dikeluarkan pada babak kedua berkata, kemenangan itu terhasil menerusi semangat tidak putus asa United.

“Kami beraksi baik pada babak pertama tetapi memberikan lawan dua gol mudah menerusi sepakan penalti.

“Jadi kami berasakan jika kami terus cuba untuk menekan lawan, kami pasti akan mendapatkan gol. Kami tidak berputus asa dan akhirnya memperolehi gol yang dicari,” ujar Giggs.

Dengan Ferguson masih menjalani hukuman larangan berada di bangku simpanan, Giggs berkata, pengurus veteran itu tidak memarahi para pemain ketika waktu rehat.

“Dia (Ferguson) masih dapat mengawal kemarahannya kerana kami tetap beraksi baik pada babak pertama, cuma sentuhan penyudah kurang baik,” jelas Giggs.

Sementara itu, pengurus West Ham, Avram Grant jelas kecewa dengan kekalahan tersebut tetapi menegaskan bahawa pasukannya akan kembali bangkit.

“Memang kecewa. Kami mendahului 2-0 dan beraksi baik, tapi pada akhirnya membenarkan lawan menjaringkan empat gol,” kata Grant.

Dengan kemenangan ke atas West Ham itu, United kini kekal di tangga teratas liga selepas 31 perlawanan dengan mengumpul 66 mata.

United akan bertemu Chelsea pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi Khamis ini sebelum menerima kunjungan Fulham pada aksi Liga Perdana England di laman sendiri, Sabtu depan.

No comments:

Post a Comment