Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, April 7, 2011

YUSRY BUAT FILEM TENTANG 10 ‘ENTITI’

Selepas mengecap kejayaan besar menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios bakal menghasilkan filem ke sembilan mereka berjudul Karak yang akan ditayangkan pada 26 Mei depan. Menurut pengarahnya, Yusry Abdul Halim, Karak menampilkan 10 imej entiti makhluk halus di mana jin atau syaitan yang boleh menyerupai pelbagai rupa.

“Ini merupakan filem seram pertama saya dan ia lebih memberi fokus dengan gabungan kesan khas pada solekan serta penggunaan imej janaan komputer (CGI).

“Selain itu, saya dan Norman yang bertindak sebagai penulis skrip membuat kajian tentang kisah-kisah makhluk halus yang pernah berlaku di Lebuh Raya Karak.

“Bagaimanapun filem ini tidaklah terlalu sukar untuk dihasilkan seperti filem-filem lain, bahkan penggambaran yang dijalankan hanya memerlukan selama 20 hari sahaja.

“Cuma penggambaran hanya dilakukan pada waktu malam dan sedikit sebanyak ia agak memenatkan kami,” katanya.

Tambah Yusry, selain membuat penggambaran di beberapa lokasi luar seperti Hulu Langat dan Lembah Pangsun, kebanyakan babak turut dilakukan di studio untuk mempercepatkan masa.

Filem Karak dibintangi oleh pelakon-pelakon baru iaitu Shahir AF8 sebagai teraju utama iaitu Nik, Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), Kilafairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam).

Kata Yusri, pemilihan pelakon-pelakon baru dipilih kerana ingin memastikan watak filem tersebut dilihat segar kerana ia mampu menimbulkan perasaan seolah-olah kejadian tersebut benar-benar berlaku terhadap penonton yang menyaksikannya.

Ia mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Dalam perjalanan tersebut mereka mengalami kesesakan di Lebu Raya Karak dan bertekad untuk mencari jalan alternatif lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau laman sosial Facebook serta Youtube, Karak.

No comments:

Post a Comment