Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, April 16, 2011

Teaser Filem Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit

Teaser Filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit telah pun disiarkan oleh Tayangan Unggul. Filem ini adalah sekual dan gabungan daripada filem Zombie Kampung Pisang dan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid.

Setelah berjaya mencipta kejayaan luar biasa di pawagam dengan mengutip sebanyak RM7.8 juta dan Usop Whilca menjadi satu fenomena luar biasa, pengarah Mamat Khalid tidak terus duduk diam. Malah kerusi sutradaranya seperti memanggil-manggilnya kembali untuk mencipta sejarah.

Sebagai penerbit, Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) meletakkan HKLBR sebagai filem pertama terbitan syarikat ini yang mendapat kutipan tertinggi. Filem yang dianggap ‘tiada cerita’ untuk disampaikan kepada penonton tetapi hanya sekadar untuk hiburan semata-mata itu dianggap yang terbaik dalam kelasnya tersendiri meskipun sasaran awalnya pada filem Estet.

Mengenengahkan kepercayaan tahyul yang sinonim dengan masyarakat kini, filem terbaru arahannya Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dijangka mampu membuatkan penonton ingin terus mengikuti perkembangan Kampung Pisang.

Malah, sekuel Kampung Pisang ini tidak berakhir di situ kerana masih ada empat penceritaan lagi yang akan menyusul selepas susulan ketiganya itu yang diakhiri dengan Zombi The Ultimatum.

“Filem ini masih panjang sebab budaya Melayu ini banyak kepercayaan tahyul mengenai hantu dan jin. Jadi saya akan cerita lebih panjang lagi untuk memberikan hiburan kepada penonton. Saya masih mengekalkan pelakon asal dan Awie masih pelakon utama walaupun dia sudah berusia 60 tahun sekalipun. Namun filem ketiga sekuel ini ada penambahan pelakon seperti Afdlin Shauki dan Rashidi Ishak.” – Mamat Khalid.

Meskipun Mamat terkenal dengan genre komedi dan bersahaja, namun beliau masih berani menghasilkan karya yang memberi tumpuan kepada golongan muda seperti Apokalips X yang mensasarkan golongan berusia 15 hingga 25 tahun.

Apapun, usaha pengarah ini mengangkat filem tempatan dalam memberikan hiburan keluarga perlu diteruskan, meskipun penonton tidak mengenali hasil karya telefilemnya, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, 12 tahun lalu yang dianggap berjaya.

Adakah filem ini dapat menyaingi Hantu Kak Limah Balik Rumah? Pastinya filem ini akan ditayangkan selepas filem Apocalips ditayangkan. Dijangka filem akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment