Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, April 2, 2011

Jika Amy Search Dinobat Sebagai Pengetua AF….


_MG_4906

Memang bukan rahsia nama Amy Search disebut-sebut sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF 9) yang juga terakhir. Tinggal lagi tuan punya badan hanya tersenyum setiap kali diasak tentang berita gembira itu. Pihak Astro pula lebih senang mengambil pendekatan untuk mengelak daripada rahsia besar itu terkuak.

Sebaliknya misteri Pengetua yang akan membantu segerombolan pelajar baru program realiti yang telah banyak melahirkan seseorang menjadi bintang itu hanya akan diumumkan pada malam pengenalan konsert sulung AF 9 pada malam esok.

Bagaimanapun, http://mynewshub.my berjaya ‘menangkap’ legenda rock, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Rahman, 53 tahun untuk berkongsi pandangan tentang program realiti dan apa yang boleh khayalak jangka jika dia benar-benar menjadi Pengetua AF yang baru.

http://mynewshub.my : Tahniahlah, dengar cerita memang betul abang jadi Pengetua AF 9.

Amy Search : Eh, mana ada. (ketawa).

http://mynewshub.my : Okay, kalau tak ada, tak apa. Tapi misalnya kalau betul-betul abang adalah Pengetua AF 9 yang sebenar esok, apa yang khalayak boleh jangka daripada abang?

Amy Search : Apa yang nak dijangkakan? (ketawa). Saya rasa tak ada jangkaan yang berlebihan sebab kalau betul saya jadi pengetua, saya akan bawa cara saya. Semua orang ada cara tersendiri, begitu juga saya. Kalau boleh saya mahu bantu mereka tentang perjalanan menjadi seorang bintang itu tidak mudah. Saya hanya ada di situ untuk beri panduan, bantuan, tetapi jika diri sendiri tidak membantu diri sendiri untuk menonjolkan bakat yang ada atau menggunakan peluang sebaik mungkin, tak guna juga.

http://mynewshub.my : Apa yang menyebabkan abang terima tawaran jadi Pengetua AF jika dilamar?

Amy Search : Jujurnya, saya bukan orang yang berminat untuk menjadi pengetua AF. Tetapi apabila difikirkan semula, ada baiknya saya terima kerana sekurang-kurangnya saya boleh share pengalaman seni saya kepada
pelajar-pelajar ini malah masyarakat. Saya mahu mereka tahu di sebalik populariti dan kesenangan yang saya miliki sekarang, sebenarnya saya melalui jalan yang sukar menjadi seperti hari ini. Jika tidak berusaha
keras, kental, jati diri dan paling penting bijak menonjolkan potensi diri, kita tidak akan ke mana sebab bukan seorang sahaja anak seni dalam dunia ini. Jadi kita kena betul-betul pandai ambil peluang dan
tunjukkan kualiti kita supaya orang perasan kewujudan kita.

http://mynewshub.my : Perlu ke drama dalam program realiti?

Amy Search : Perlu juga, sebab kalau tak ada, ia akan jadi monotanous. Malah ia bagus apabila menyentuh soal emosi dan survival seseorang yang betul-betul serius nak jadi penyanyi atau siapa saja yang mereka mahu jadi.

http://mynewshub.my : Adakah khalayak akan melihat method pengetua Amy sebagai seorang yang tegas atau garang atau bagaimana?

Amy Search : Saya cuma tak mahu mereka rasa takut atau segan dengan saya. Semua orang harus mengambil kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin dan saya akan cuba membuat mereka selesa dengan cara saya yang sederhana.
Untuk apa saya menjadi seorang pengetua yang tegas jika mereka tidak dapat ilmu daripada saya? Jadi yang penting adalah mereka selesa dengan saya dan mendapat sebanyak mungkin ilmu daripada saya.

http://mynewshub.my : Okay, semua sedia maklum, Amy Search itu seorang legenda rock. Adakah abang akan menggali kualiti rock dalam diri mereka nanti?

Amy Search : Ya, saya mungkin seorang penyanyi rock, tapi itu tidak bermakna saya mahu mereka menjadi rockers atau saya mencari seorang rockers.
Sebaliknya, kehadiran saya adalah sebagai seorang pembimbing mereka mencari arah, sebaliknya mereka sendiri yang harus bijak apa yang mereka mahukan. Adakah mahu menjadi rockers atau bintang pop atau apa sahaja, itu mereka yang tentukan. Jadi jika mereka ada potensi diri yang besar, jangan simpan, sebaliknya keluarkan semua kerana inilah satu-satunya peluang untuk membuat orang mengenal apa yang anda ada.

http://mynewshub.my : Apa pesanan abang kepada pelajar-pelajar AF 9 nanti?

Amy Search : Jangan terlepas guna platform yang luas terutama daripada publisiti ini untuk tunjukkan kualiti atau star yang ada dalam diri anda. AF hanya satu permulaan tapi journey yang sebenar hanya akan bermula selepas program ini berakhir kelak. Dan kena ingat, lagi senang mendapat publisiti atau pendedahan pada awal kemunculan, maka semakin susah apabila kita betul-betul berada dalam gelanggang sebenar. Jadi
jangan sampai kalah sebelum berjuang. Jangan sia-siakan peluang yang ada dan show off lah sehabis-habisnya apa yang kalian ada. Sebab tak semestinya hanya juara yang akan berjaya, tapi sesiapa yang bijak
menonjolkan bakat yang ada, tak mustahil dia boleh menang dalam journey akan datang.

http://mynewshub.my : Senario di Malaysia, makin tua, makin tersisih. Tapi abang, makin tua, makin laku. Makin banyak projek macam bintang Hollywood.

Amy Search : (Ketawa). Ya, sebenarnya itu yang saya mahu. Saya mahu menjadi semakin tua Amy, maka semakin mahal dia. Saya mahu meninggalkan kenangan yang banyak dan manis serta pencapaian tentang kerjaya saya apabila saya semakin tua.

http://mynewshub.my : Kalau betul abang jadi Pengetua AF, nampaknya jadual tahun ini sangat padat. Dengan konsert Double Trouble, bisnes dan jadual yang terikat dengan AF.

Amy Search : (Ketawa). Boleh tahan padat. Memang padat.

http://mynewshub.my : Maksudnya memang betullah abang pengetua AF 9 ni? Cayalah. Otai gila!

Amy Search : (Ketawa panjang) - MM@mynewshub.my

(Wawancara ini dibuat sebelum Amy diumum selaku Pengetua AF9)

No comments:

Post a Comment