Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, April 19, 2011

Adakah Gadis Ini Bakal Tunang Ashraf Muslim?


Hasil siasatan CSI pembaca yang suka berspekulasi cerita mengenai pelakon kesayangan mereka telah membawa kepada persoalan, “Siapakah bakal tunang Ashraf Muslim?”

Menurut informer kami, gadis tersebut yang dipercayai bernama Noor Dayana merupakan anak kedua dan bekas pelajar perubatan di University Manipal, Melaka.

Dipercayai juga, gadis tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan rakan kongsi Ashraf Muslim dalam klinik perubatan Islam iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah.

Apa pun, ini semuanya spekulasi semata-mata. Ramai peminat terutamanya golongan wanita tertanya-tanya adakah gadis yang disebutkan tepat dengan pilihan Ashraf Muslim. Buat masa ini, CSI pembaca sudah menjumpai gambar gadis tersebut, namun kami blur-kan untuk memberi laluan kepada Ashraf Muslim memperkenalkan sendiri cinta hatinya

CSI pembaca kami juga menyebut, keluarga bakal tunang Ashraf Muslim ini baik-baik orangnya. Malah, adik-beradik bakal tunang Ashraf Muslim turut membuat PHd untuk kajian kanser di sebuah university di Australia.

Andai kata betul spekulasi peminat-peminat Ashraf Muslim, kami tumpang gembira. Alhamdullilah.

No comments:

Post a Comment