Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, April 19, 2011

Ashraf Muslim Bakal Bertunang, Mahu Segera Nikah.

Pelakon hensem Ashraf Muslim yang kini sibuk dengan aktiviti perubatan Islam telah memaklumkan kepada pihak media bahawa dia akan bertunang dengan seorang gadis berumur 24 tahun pada 23 April ini, di Gombak. Ashraf Muslim juga berkata yang dia tidak keberatan untuk memperkenalkan gadis tersebut pada hari pertunangannya nanti, yang diadakan serentak dengan hari perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah.

Menurut Ashraf lagi, bakal tunangnya merupakan seorang doktor perubatan yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka. Dia sudah mengenali gadis tersebut sejak setahun yang lepas dan ciri-ciri gadis tersebut yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya.

Ashraf Muslim juga menyebut bahawa dia ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Buat masa ini, Ashraf Muslim kurang menerima tawaran lakonan dan berhati-hati memilih cerita & watak untuk mengelakkan fitnah.

Ashraf Muslim berkata lagi, ““Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.”

Kami mengucapkan tahniah kepada Ashraf Muslim atas berita pertunangan ini. Kredit penuh berita asal Mstar.

No comments:

Post a Comment