Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, April 24, 2011

Lihatlah Pada Bakat, Bukannya Bibir….-KilaFairy

Tengoklah Pada Bakat, Bukannya Bibir....-KilaFairy

Artis ini masih terlalu muda dari segi usia dan kerjaya seninya.

Namun perhatian yang diterima dari anggota masyarakat bukan sedikit….

Cuma sayang sekali….perhatian itu banyak tertumpu ke arah yang salah.

Ramai yang gemar melihat bentuk tubuhnya dan yang paling menjadi kegemaran semua ialah bentuk bibirnya.

Dikatakan ia sama dengan pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie.

Namun, itulah antara benda yang paling tidak digemari Kilafairy atau Syakila Nisha Jahangir Khan….anak kepada penyanyi Rohana Jalil.

Minat yang berlebihan terhadap aspek seperti bibir amat merimaskan dirinya.

“Boleh tak kita tutup topik mengenai bibir saya ini,” katanya ketika ditemui wartawan Mynewshub.my di Saloma Bistro baru-baru ini.

Sebenarnya, respon kepada persoalan itu mencerminkan bahawa apa yang Kilafairy harapkan daripada masyarakat untuk jangka masa panjang mudah sahaja.

Baginya, jika aspek seperti keseksian atau bentuk bibir yang hendak dijadikan sandaran untuk minat, maka perjalanan seninya itu kebarangkalian hampir pasti akan berakhir apabila orang ramai mula bosan dengan apa yang mereka lihat.

Baginya, lihatlah kepada bakat yang ada dalam dirinya dan bukannya benda-benda sampingan seperti bentuk bibirnya sahaja.

Reaksi Kilafairy itu jelas mencerminkan keazaman dalam dirinya untuk popular adalah melalui bakat dan bukannya aspek lain.

Kata Kila, dia sering dilabel seksi walaupun pada hakikat dia tidak berniat atau mahu berkelakuan seperti itu.

Dia mengakui mengenakan pakaian yang ketat adakalanya, namun itu bukan bererti dia mahu popular dengan cara murahan.

Jadi bagi dirinya, antara cabaran terbesar ialah memastikan masyarakat melihat ke dalam dirinya dan bukan luar.

Dia berazam mahu menjadikan seni sebagai kerjaya utamanya apabila tamat pengajian dari sebuah kolej swasta tidak lama lagi.

Dalam kesibukan sebagai pelajar, Kila masih berkesempatan berlakon dalam empat drama dan sebuah filem, Karak yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Dia turut menerima tawaran beberapa drama untuk slot Mistik Alam Hitam di Astro Ria seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak serta drama Ayu Suraya yang juga disiarkan di Astro.

Malah, Kila juga memberitahu dia berkemungkinan besar dia akan merakamkan album tidak lama lagi.

Bagi yang ingin mendengar suara merdu Kila, boleh layari laman sesawang www.youtube.com/Pixiedustiess.

Peminat juga boleh mengikuti Kila di laman Twitter iaitu @Kilafairy.

Oleh AK-47

No comments:

Post a Comment