Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, April 2, 2011

Balas, Nabil Gamatkan Maharaja Lawak

YUM_0509_copy[1]

Sketsa mengenai hantu seorang makcik menjual kuih karipap di sekolah berasrama yang dipersembahkan oleh Kumpulan Balas dianggap persembahan paling lucu dalam pertandingan Maharaja Lawak malam tadi.

Keletah kumpulan Balas yang dianggotai Fandi Muhammad atau Fendi dan Mohammad Shukri Mohamed Sahar (Shuk) ternyata membuatkan studio FINAS tempat berlangsungnya episod pertama pertandingan itu riuh-rendah dengan gelak ketawa penonton.

Perkara tersebut turut diakui oleh salah seorang juri pada malam tersebut, Ahmad Idham.

Menurut Ahmad Idham, beliau langsung tidak menduga kumpulan berkenaan dapat membawa sketsa mereka dengan baik sekali

“ Sepanjang saya mengikuti perkembangan kumpulan Balas, saya dapati mereka cukup bagus dengan permainan ‘props’ dan saya percaya mereka mampu buat lebih baik pada episod akan datang,” katanya.

Sementara itu Shuk ketika ditemui mynewshub.my berkata, pengalamannya sewaktu bersekolah dulu telah memberikan beliau idea untuk memperkembangkan penceritaan kisah hantu yang menjual karipap itu.

“ Sebenarnya saya dan Fendi tidak tinggal serumah, saya masih menuntut di UNISEL dalam bidang kejuruteraan…jadi bila kami bertemu, kami akan perah otak untuk mencari idea terbaik bagi hiburan penonton.

” Alhamdulilah malam ini lawak kami diterima baik, risau juga kalau-kalau lawak kami tadi tak menjadi,” katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, persembahan ‘otai’ Nabil yang menggunakan dialek Negeri Sembilan juga membuatkan penonton di studio riuh-rendah dengan gelak ketawa.

Dengan menggayakan aksi ‘salesman’ yang menjual ‘tali pinggang berkalendar’, lakonannya menyebabkan penonton masih dahagakan persembahan beliau walaupun waktu yang ditetapkan telah pun tamat.

Salah seorang juri, Saiful Apek, menyifatkan kelebihan Nabil adalah kerana membuat lawak jenaka yang jujur sifatnya.

“ Sebab itu saya selalu mengingatkan semua pelawak agar jujur dalam persembahan mereka, kalau kita jujur, lawak kita juga akan jadi jujur,” katanya.

(Foto MOHD YUMNI HARUN)

No comments:

Post a Comment