Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, September 21, 2010

Bill Gates mahu belanja harta atasi kemiskinan dunia

LONDON: Tiga orang anak hartawan dan pengasas Microsoft, Bill Gates diramal akan menjalani kehidupan sebagai orang miskin atau serba sederhana saja, apabila lelaki antara paling kaya di dunia itu berkata, beliau tidak bercadang mewujudkan dinasti dan mewariskan kekayaannya kepada mereka.


Gates, 54, yang mempunyai tiga orang anak, Jennifer, 14, Rory, 11 dan Phoebe, 8 dengan kekayaan dianggarkan 34 bilion (RM168.3 bilion) sebaliknya bercadang membelanjakan kekayaan beliau untuk menangani masalah kemiskinan di seluruh dunia. Saya tidak fikir memberi sejumlah wang yang banyak kepada anak kami suatu idea yang baik. Ia juga tidak baik untuk masyarakat, jadi persoalannya, bolehkah saya mencari dan melakukan sesuatu yang memberi impak menakjubkan? Saya tahu saya mahu melakukannya, kata jutawan itu yang dipetik akhbar The Sun. Setakat ini, Gates dan isterinya, Melinda sudah menyumbang sejumlah 18 bilion (RM86.7 bilion) melalui Yayasan Bill & Melinda Gates yang mereka tubuhkan bagi membiayai suntikan vaksin percuma kepada lebih 250 juta kanak-kanak di negara miskin.

Bersama seorang lagi orang paling kaya di dunia, Warren Buffet, Gates dan isterinya, Melinda melancarkan kempen derma dan jaminan secara terbuka untuk memperuntukkan sebahagian daripada kekayaan mereka bagi membiayai kegiatan kemanusiaan.

Laporan menyatakan ketika melawat India, hartawan itu tidur di pondok lumpur bersama penduduk paling miskin, manakala dalam beberapa peristiwa yang disaksikannya, beliau menitiskan air mata. Agensi

No comments:

Post a Comment