Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, September 4, 2010

Eira Syazira, Fauzi Nawawi dalam Telemovie Terbuang di Malam Raya

TELEMOVIE TERBUANG DI MALAM RAYA TAYANGAN ISTIMEWA MALAM RAYA DI RTM

Setiap kali tibanya Aidilfitri, sudah pastinya stesen-stesen penyiaran tanahair masing-masing menyediakan pelbagai program terbaik Aidilfitri bagi memenuhi citarasa penonton. Tidak Ketinggalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang turut menyenaraikan pelbagai program terbaik bermula malam raya.

Justeru, tatkala ada yang masih belum lelap membuat persediaan raya, TV1 menghidangkan telemovie Terbuang Di Malam Raya yang akan disiarkan pada Malam Raya bermula jam 4 pagi. Telefilem bermesejkan keegoan, kecuaian dan sikap pentingkan diri ini menjadi pilihan tayangan di saluran TV1 sebelum umat Islam terjaga dari lena bagi menyambut hari gembira Hari Raya Aidilfitri.

terbuang di malam raya

Terbuang di Malam Raya mengisahkan tentang Iman anak kepada sepasang suami isteri, Lin dan Syidi yang ingin pulang beraya di kampung masing-masing. Lin berdegil untuk pulang ke kampung ibunya di Perak walaupun berkali-kali diminta oleh Syidi supaya pulang beraya di kampung mertuanya. Anaknya Iman, dipaksa Lin untuk mengikutnya namun akibat tersalah kereta Iman telah pulang ke kampung bapanya.

Syidi mengambil keputusan menggunakan jalan pintas untuk lebih cepat tiba di kampung. Pelbagai tragedi berlaku apabila Iman dengan tidak sengaja ditinggalkan oleh bapanya semasa berhenti untuk membuang air kecil. Malang tidak berbau apabila Syidi yang menyangkakan anaknya berada dalam kereta rupanya belum bersamanya. Iman telah ditinggalkannya di tepi jalan dengan tidak sengaja.

Dalam ketakutan, Iman yang letih dan keseorangan telah menahan sebuah motorsikal untuk di tumpangnya. Motorsikal tersebut telah melanggar seekor anak kambing lalu Iman menjaga anak kambing sebagai penemannya. Secara kebetulan, sebuah kereta telah menumpangkan Iman yang ditemui di tepi jalan.

Malangnya, pemilik kereta tersebut merupakan penculik yang turut menculik seorang lagi kanak-kanak perempuan bernama Yana. Iman, Yana dan anak kambing telah di kurung.

Semasa penculik-penculik sedang bergaduh sesama mereka, Iman dan Yana berjaya melepaskan diri lantas bersembunyi di dalam sebuah palong air. Namun, Yana telah terjatuh ke dalam tasik menyebabkannya basah dan kesejukan lalu diserang asma.

Iman merakam ucapan Yana dengan telefon bimbitnya memandangkan berkemungkinan mereka tidak dapat beraya dengan ibu dan ayah. Iman mula bimbang dan ketakutan apabila melihat Yana yang semakin lemah.

Syidi yang berpatah balik untuk mencari Iman telah bertembung dengan isterinya yang juga dalam perjalanan mengambil anaknya dari Syidi. Mereka mula bertengkar dan menyalahkan antara satu sama lain atas kehilangan Iman.

Untuk mengetahui apakah kesudahan nasib Iman dan Yana yang masih terperangkap di Palong air? Saksikan kesudahan telefilem menarik ini yang diterajui oleh pelakon-pelakon terkenal antaranya Eira Syazira, Fauzi Nawawi dan pelakon cilik Muqri Izham dan Yana Zakirah menerusi Saluran Informasi TV1.

No comments:

Post a Comment