Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, September 19, 2010

Thailand sekat web WikiLeaks

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menggunakan kuasa darurat untuk menyekat capaian domestik ke atas laman web yang mendedahkan rahsia kerajaan kepada umum, WikiLeaks, atas alasan keselamatan, kata seorang pegawai kerajaan semalam.

http://www.topnews.in/files/Thailand-Flag_0.jpg

source

Arahan itu dibuat oleh unit kerajaan yang ditubuhkan untuk mengawasi perbincangan mengenai rusuhan politik yang menggegarkan ibu kota negara ini awal tahun ini, kata seorang jurucakap Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Capaian terhadap laman web ini digantung sementara menggunakan perintah darurat 2005, katanya.

Thailand menyekat puluhan ribu laman web internet sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama kerana menghina monarki, jenayah serius yang boleh dihukum sehingga penjara 15 tahun.

Satu unit khas jenayah siber turut ditubuhkan untuk menamatkan kritikan online ke atas keluarga diraja.

Pemerintahan darurat yang dikekalkan dalam undang-undang Thailand sejak 2005, dikuatkuasakan ke atas sebahagian besar negara itu Thailand pada pertengahan Mac lalu ketika bantahan antikerajaan yang menyebabkan 91 maut.

Pihak berkuasa menggunakan pemerintahan itu yang masih kekal di tujuh daripada 76 wilayah Thailand termasuk ibu kota ini, bagi menahan beratus-ratus suspek dan menutup mulut media antikerajaan.
Wikileaks menjadi fokus antarabangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas ia mengeluarkan ribuan dokumen tentera berhubung konflik di Afghanistan.

Ia termasuk dakwaan pertemuan di antara perisik Pakistan dan Taliban serta cubaan menyembunyi insiden kematian orang awam disebabkan tentera antarabangsa.

Laman web itu juga mendedahkan nama sesetengah pemberi maklumat Afghanistan, mencetuskan dakwaan tentera Amerika Syarikat bahawa kebocoran itu membahayakan nyawa.

// bharian //

No comments:

Post a Comment