Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, September 20, 2010

Marion Kecewa Disindir SM Faisal

marion kecewa disindir

Oh nampaknya entri kami tentang SM Faisal yang menyindir Marion Caunter melalui Twitternya akhirnya sampai ke telinga Marion jugak. Seperti yang sudah dijangka (macam lagu KRU pulak), Marion kecewa dan agak tak puas dengan hati sebab SM Faisal tak berani cakap direct dengan dia. Kata Marion:-

Saya agak kecewa dan kurang puas hati dengan sikap beliau yang menyindir saya secara terang-terangan menerusi Twitter selepas saya membuat pengakuan terbuka untuk mengahwini adiknya. Kalau beliau ada masalah dengan saya, boleh jumpa terus dan berbincang tetapi bukan dengan cara seperti ini, jika sekalipun beliau ada tentangan mengenai hubungan kami.

Nampaknya makin hangat isu nie. Kedua-duanya taknak beralah. Yang kesiannya sudah tentu SM Nasaruddin sendiri. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Nak marah pun tak boleh. Sorang abang sendiri, sorang lagi awek tercinta. Last-last duduk diam-diam simpan stress.

Nasihat kami tak payahlah nak komen bab-bab kahwin nie depan-depan kat wartawan semua. Hal keluarga setelkan la kat belakang. Anda tue orang ternama, bukannya orang biasa macam kami nie. Cubalah selesaikan cara baik. Pasti akan ada jalan keluar kalau bincang elok-elok. Tak gitu?


*Artikel dari http://beautifulnara.com

No comments:

Post a Comment