Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, September 22, 2010

Paris Hilton dilarang masuk Jepun

NARITA: Paris Hilton dilarang memasuki Jepun semalam, dua hari selepas dia mengaku bersalah selepas didakwa memiliki dadah di Las Vegas.

Jepun mempunyai undang-undang imigresen yang ketat apabila melarang individu yang dikaitkan dengan kesalahan dadah memasuki negara itu.


“Saya akan pulang dan berharap dapat kembali semula ke Jepun pada masa hadapan,” ujar Paris sambil tersenyum kepada pemberita di Lapangan Terbang Narita di Tokyo.

Selebriti berusia 29 tahun itu sepatutnya menghadiri acara mempromosikan koleksi fesyen dan minyak wangi jenamanya dalam satu sidang media di Tokyo, pagi semalam.


Paris tiba di Tokyo petang semalam tetapi ditahan ketika pemeriksaan imigresen dan terpaksa bermalam di hotel lapangan terbang selepas disoal siasat pegawai bertugas.


Ekoran kejadian itu, Paris turut membatalkan rancangannya untuk ke Kuala Lumpur, Malaysia dan Jakarta, Indonesia.

Jurucakap Paris, Dawn Miller dalam kenyataannya berkata, Paris akan menangguhkan kedatangannya pada satu tarikh yang belum dipastikan lagi.


“Paris amat kecewa dan berusaha keras untuk menunaikan komitmen perniagaannya selain ingin bertemu peminat, tetapi dia terpaksa menunda rancangannya untuk ke Asia,” lapor kenyataan dikeluarkan Dawn sebaik Paris meninggalkan Jepun.

“Paris memahami dan menghormati undang-undang imigresen di Jepun dan dia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka,” tambah laporan itu lagi.

Menurut sumber rasmi imigresen Jepun, Paris dilarang daripada memasuki Jepun selepas menjalani sesi soal siasat selama enam jam. Sebelum ini, pihak imigresen Jepun turut melarang beberapa individu terkenal daripada memasuki negara itu termasuklah bintang bola sepak Diego Maradona yang dilarang memasuki negara itu pada 2002 ekoran dakwaan memiliki dadah. - AP

No comments:

Post a Comment