JAKARTA: Kemampuan berbahasa Inggeris Ratu Indonesia, Qory Sandioriva yang sedang menyertai Pertandingan Miss Universe 2010 di Las Vegas, Amerika Syarikat, menggusarkan sesetengah pihak kerana gugup bercakap dalam bahasa Inggeris sedangkan beliau mampu berbual dalam bahasa asing itu.
sumber
Seorang jelitawan senegara yang juga Ratu Indonesia Lingkungan, Zukhriatul Hafizah, dilaporkan sedih melihat Qory dikritik kerana tidak mahir bertutur bahasa Inggeris sedangkan dia fasih.
Sebelum ini, sesi temuramah Qory Sandioriva di pertandingan Miss Universe 2010 dimuat naik ke dalam YouTube dan pelbagai ulasan tajam mengkritik kemampuan Qory berbahasa Inggeris.
Hafizah mengaku belum melihat video wawancara Qory secara lengkap namun turut sedih mendengar kritikan yang dilemparkan.
Sebagai teman Qory, saya baru melihat video itu sedikit-sedikit. Tapi cukup sedih ya, kerana ulasannya amat tajam, kata Hafizah ketika ditemui di sini kelmarin.
Hafizah berkata, Qory sebenarnya cukup mahir berbahasa Inggeris. Menurutnya, ketika itu Qory sangat gugup menjawab soalan yang diajukan.
Qory agak gugup jadinya seperti itu, katanya.
Wanita 23 tahun itu menganggap apa yang dilalui Qory itu satu pengajaran.
Hafizah pula akan mewakili Indonesia dalam pertandingan Miss International Beauty Pageant pada 7 November depan di China.
Bagaimanapun, menjelang acara puncak, Qory dijangka mendapat suntikan semangat dari beberapa tamu yang khusus datang untuk menyokongnya termasuk Ketua Umum Yayasan Puteri Indonesia (YPI) Wardiman Djojonegoro, serta Wakil Ketua Pendidikan YPI Kusumadewi Sutanto.
Ibu Qory, Fariawati, juga bakal hadir menyaksikan anak dara 19 tahun itu bertanding. Rombongan Indonesia itu belum bertemu secara langsung dengan Qory yang masih menjalani latihan.
Qory yang mempunyai ketinggian 172 sentimeter dan seberat 56 kilogram dipercayai sedia memberi penampilan terbaiknya. Agensi
/// bharian ///
No comments:
Post a Comment