Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, September 22, 2010

Rozita Che Wan - Tak mungkin jatuh cinta

KALAU memang sudah cantik jelita, sang kumbang mana yang tidak mahu mendekati.
Demikianlah kisahnya dramatis popular, Rozita Che Wan, 34. Biarpun berstatus ibu tunggal dua anak, namun 'saham' Rozita masih tinggi di pasaran.

JELITA...Rozita jadi buruan ramai lelaki.
JELITA...Rozita jadi buruan ramai lelaki.
sebelum - selepas
ROZITA...dikatakan intim dengan jejaka bernama Shah.


ROZITA...dikatakan intim dengan jejaka bernama Shah.
Selain asyik dikaitkan menjalin hubungan dengan orang kenamaan (VIP) dan berada, Rozita baru-baru ini dikatakan akan melangsungkan perkahwina dengan jejaka hanya dikenali sebagai Shah, bekerja di Singapura. Namun, perkara itu dinafikan Rozita.

Bagaimanapun, timbul pula kisah baru pelakon Kiah Pekasam itu dengan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22.

Penyanyi kacak itu dikatakan sangat meminati Rozita dan pernah mengirimkan sistem mesej singkat (SMS) kepada pelakon sensasi itu.

Tidak menafikannya, Rozita berkata, dia mula mengenali Shahir ketika jejaka kelahiran Perak itu menyertai AF8. Malah Rozita turut diundang pihak produksi Astro untuk muncul ke akademi sebagai kejutan kepada Shahir.

"Awalnya, saya diundang ke akademi untuk menjayakan program Diari AF8 pada minggu kedua. Tapi disebabkan sibuk dengan penggambaran, saya tak dapat buat. Pada minggu ketujuh, Shahir tersingkir dan sudah rezeki dia diundi masuk.

"Sekali lagi, pihak produksi Astro jemput saya untuk muncul dalam Diari AF8 dan ia dapat dijayakan pada minggu terakhir sebelum final. Ketika itu, baru saya tahu Shahir seorang peminat Rozita Che Wan," katanya sambil ketawa.

Menurut Rozita dia sedia memenuhi undangan pihak produksi kerana dimaklumkan Shahir teringin sangat bertemunya.

Apapun, katanya selepas bertemu dia mendapati Shahir seorang yang sangat pemalu.

Enggan memaklumkan berapa banyak jumlah SMS yang pernah dikirimkan Shahir kepadanya termasuk menjawab pertanyaan adakah penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu pernah menghubunginya dengan perbualan, Rozita sekadar memaklumkan, 'no comment'.

Menyentuh pengalamannya berlakon bersama Shahir dalam telefilem khas istimewa Aidilfitri yang disiarkan Astro Ria (Saluran 104), baru-baru ini, kakak pelakon Ayu Raudhah itu berkata, di lokasi penggambaran dia lebih rapat dengan Dafi (AF5).

"Tak pernah pun sekali saya berbual-bual dengan Shahir kerana sikapnya yang pemalu dan terlalu pendiam. Bahkan, di lokasi itu saya juga dapati Shahir suka menyendiri. Dia jarang duduk bersama-sama pelakon lain, apatah lagi mahu berbual dengan saya.

"Malah kalau saya ada di tempat makan bersama dengan pelakon lain, dia (Shahir) takkan datang dekat. Bila kami berjumpa, memang kami tak pernah bercakap. Barangkali, dia bersikap seperti itu kerana masih baru dan malu.

"Apapun, saya melihat kisah artis minat sesama artis ini bukanlah satu isu pelik. Ini kerana Shahir jadi peminat saya sebelum dia menyertai AF8 lagi," katanya.

Ditanya apakah perasaan minat Shahir kepada Rozita akan membuahkan bibit percintaan antara mereka, sambil ketawa wanita kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkata minat tidak semestinya jatuh cinta. Ditambah lagi, jurang perbezaan usia antara mereka.

"Saya masih berpijak di bumi nyata. Sebagai wanita yang sudah berusia, mana mungkin lelaki lebih muda sanggup menjalin kasih. Lagipun, saya melihat di negara ini peratusan berjayanya hubungan wanita berusia dengan lelaki muda sangat sedikit.

"Peratus berjaya lebih kecil berbanding yang gagal. Oleh itu, saya masih sedar mengenainya dan tak mungkin kami akan bercinta. Apa yang boleh saya katakan, Shahir pada pandangan mata ini hanya sebagai seorang pemuda yang sangat baik," katanya.

No comments:

Post a Comment