Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, September 20, 2010

Jamal Abdillah Lancar Album Kembara Seniman

JAMAL ABDILLAH – KEMBARA SENIMAN

Budiey BlogKehebatan Jamal Abdillah di dalam bidang seni memang tidak dapat disangkal lagi. Diberi gelaran Raja Pop Malaysia, tahun 2010 ulangtahun Jamal Abdillah sebagai artis Warner Music Malaysia untuk tahun yang ke-30, selepas dinobatkan Juara Bintang RTM 1979.

Di kala satu demi satu artis sezaman Jamal Abdillah bersara ataupun sudah ditenggelam populariti bakat-bakat yang lebih muda dan terkini, Jamal terus membuktikan yang beliau masih gah dan terus diminati zaman ke zaman.

Untuk itu buat pertama kalinya, Jamal Abdillah dan syarikat produksi beliau, Bintang Channel telah bekerjasama dengan Warner Music Malaysia untuk satu projek khas, JAMAL ABDILLAH – KEMBARA SENIMAN, yang didatangkan di dalam VCD berkembar (2-VCD).

Untuk VCD 1, Jamal berbesar hati berkongsi kisah hidupnya dari seorang insan biasa hinggalah ke zaman penguasaan singgahsana dunia muzik tanahair yang telah dipentaskan di dalam sebuah muzikal pentas di Istana Budaya sedikit masa dahulu.

Dipersembahkan di dalam 7 babak, dari babak pertama di mana kisah Jamal bermula di saat kelahiran beliau sehinggalah beliau menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Sementara itu untuk VCD 2, Jamal mempersembahkan 23 buah lagu-lagu terpopular beliau yang telah dirakamkan secara live bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan komposer tersohor S. Atan. Antara lagu-lagu yang telah diberi nafas baru bertemakan orkestra ini termasuklah “Kekasih Awal dan Akhir”, “Penghujung Rindu”, “Ghazal untuk Rabiah”, “Lancang Kuning”, “Kau Lupa Janji”, “Gadis Melayu” dan banyak lagi.

Selain tampil secara solo, Jamal turut berduet bersama 3 Finalis Bintang RTM 2009, Fathin, Joanna dan Ernie. Konsert ini juga boleh ditonton di saluran RTM Muzik Aktif di saluran 180 ASTRO.

JAMAL ABDILLAH – KEMBARA SENIMAN dijual pada harga yang cukup istimewa – RM 22.90 – dan boleh ditonton berulang kali bersama keluarga tercinta. Keluaran nostalgia yang cukup istimewa dari Warner Music Malaysia.

VCD 1: [Teater Muzikal]
Babak 1 – KELAHIRAN
Babak 2 – ZAMAN REMAJA
Babak 3 – PASAR MINGGU
Babak 4 – BINTANG RTM 1979
Babak 5 – SOROTAN FILEM
Babak 6 – RAKAMAN STUDIO BERSAMA AHMAD NAWAB
Babak 7 – ANUGERAH BINTANG POPULAR

VCD 2: [Persembahan Live]
PERJALANAN KU
KEKASIH AWAL DAN AKHIR
PENGHUJUNG RINDU
GHAZAL UNTUK RABIAH
DERU
KAU LUPA JANJI
GADIS MELAYU
AKU PENGHIBUR
KEHEBATAN CINTA duet bersama Joanna
Medley GETARAN JIWA, HUJAN DI TENGAHARI, PUTUS SUDAH KASIH SAYANG & TUNGGU SEKEJAP
SANDARKAN PADA KENANGAN duet bersama Ernie
SRI LANGKAT duet bersama Fathin
LANCANG KUNING
BERDENDANG DALAM TANGISAN
SAMRAH MENTARI
HATIKU LUKA KEMBALI
ANTARA YAKIN DAN CURIGA
HINGGA TIBA SAAT ITU
APA LAGI
ENCORE: AZURA
BARANG YANG LEPAS JGN DIKENANG
TIDURLAH PERMAISURI
SEROJA

No comments:

Post a Comment