Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 19, 2010

3 Macan dilarang hamil

Kumpulan 3 Macan manjadi artis Indonesia terbaru mencuba nasib di Malaysia. Modal mereka ialah merakam semula lagu-lagu yang pernah popular dengan sentuhan muzik meraka yang ada elemen dangdut moden.

Tiga wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai 3 Macam ini juga tidak kekok tampil dengan gaya seksi yang menjadi sebahagian daripada diri mereka apabila mengadakan persembahan pentas. Kerana keperluan penampilan menarik itulah personel cantik itu tidak dibenarkan hamil.

"Bukan tidak boleh hamil selama-lamanya, tapi sekarang ini 3 Macan sangat padat aktiviti mengadakan persembahan pentas dan show di TV, jadi kami tidak boleh hamil dalam masa terdekat," kata ketua kumpulannya, Lia Ladysta.

3 MACAN... SEKSI MENGAUM

Salah seorang anggota kumpulan itu, Yeni Angraeni sudah berumahtangga. Dia juga mengikut syarat dan terpaksa merancang kehamilan dalam tempoh tertentu. Lia juga sudah punya pacar, pelakon dan model Andreano Philip. Seorang lagi ahli, Ayu Terra masih solo.

"Saya belum lagi merancang berkahwin, biarlah kami terus bercinta dulu. Saya mahu memastikan 3 Macan terkenal dan mendapat tempat dahulu sebelum memikirkan hal peribadi. Lagipun, 3 Macan kan tidak dibenarkan hamil dahulu.

"Syarat tidak boleh hamil itu kami buat kerana keperluan sebagai ahli 3 Macan ialah keupayaan beraksi lincah di atas pentas. Kami perlu membuat aksi split kaki, berguling dan menaiki badan anggota lain semasa menyanyi, jadi ia memerlukan susuk tubuh yang cergas dan baik.

"Kalau hamil atau beranak pasti ada pergerakan yang tak boleh dilakukan. Kami juga bimbang susuk badan akan gemuk selepas melahirkan anak," sambung Lia.

LIA-ANDREANO BAHAGIA BERCINTA HAMPIR SETAHUN LALU.

Promosi ke ceruk rantau

3 Macan tidak bermasalah untuk mengadakan promosi ke mana sahaja. Malah sedia ke pedalaman asalkan mereka tahu di situ ada peminat.

Semasa di Kuala Lumpur mereka turut dibawa mengadakan persembahan dan promosi album di kawasan penempatan tenaga kerja Indonesia di sini. Mereka sedia menghiburkan penghuni rumah kongsi sekitar kawasan pembangunan yang kebanyakannya didiami warga Indonesia.

"Mereka seronok sekali menghiburkan pekerja Indonesia di sini, mereka makin seronok apabila ramai yang terhibur dan sanggup naik pentas menari bersama 3 Macan," kata Andreano yang mengiringi 3 Macan sepanjang sesi promosi.

Andreano juga terlibat dalam syarikat pengurusan 3 Macan, Glow Managemement.

Mereka juga turut mengadakan persembahan di luar daerah di Indonesia apabila mendapat undangan penganjur serta promosi.

AYU TERRA... KUAT MELATAH DAN TAKUT BELON.

Tak tiru artis lain

Album terbaru yang memuatkan lagu-lagu popular Makhluk Tuhan Paling Seksi, Doktor Cinta, Kucinta Kau Apa Adanya, Munajat Cinta, Jatuh Cinta Lagi dan lain-lain.

Adakah 3 Macan meniru gaya artis popular lain?

Kata Lia: "Memang syarikat punya idea agar kami rakamkan semula lagu-lagu popular dalam versi dangdut. Kami tak tiru sesiapa kerana kami muncul berbeza apabila di atas pentas. Kami juga mempunyai imej yang tersendiri.

"Bukanlah kami mahu cari jalan mudah kerana dalam album terdahulu, kami rakam lagu-lagu baru, tapi album itu tidak dipasarkan ke Malaysia.

"Kami sudah ada identiti sendiri dan sudah dikenali dengan gaya ini. Buktinya gaya rambut kami juga jadi ikutan. Ada pemimat yang memberitahu pendandan rambut di salun mahukan gaya rambut Lia 3 Macan, Ayu 3 Macan atau Yeni 3 Macan. Sebab itu kami masih kekalkan gaya rambut berwarna-warni sebab ia sudah menjadi ikutan."

3 MACAN MUDAHN MESRA.

Ubah konsep lebih luas

Kemunculan awal 3 Macan (nama lama Trio Macan) membawakan lagu-lagu dangdut sepenuhnya. Pada masa itu kelibat mereka hanya boleh ditonton di saluran TPI sahaja kerana stesen TV itulah yang menyiarkan lagu-lagu dangdut.

"Album terbaru ini kami ubah konsep muziknya. Ia masih ada sentuhan dangdut, tapi kami suntikkan muzik moden agar penguasaan kami lebih meluas.

"Sekarang kami sudah diterima masuk ke semua stesen TV apabila muzik kami bukan lagi jenis dangdut asli," jelas Lia.

No comments:

Post a Comment