Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, July 20, 2010

Amy Search Pilihan Firefly Dari Awal!

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2010: Biarpun pada awalnya ada ura-ura mengatakan bahawa Ratu Rock Ella bakal dipilih sebagai artis tempatan yang akan membuat persembahaan pembukaan dalam konsert lagenda pemain gitar utama kumpulan Guns N Roses, Slash di Malaysia, namun apa yang djangkakan itu nampaknya nampaknya jauh terpesong dan tidak benar.

Sebaliknya, pihak penganjurnya iaitu syarikat penerbangan Firefly telah tekad memilih Raja Rock, Amy Search untuk muncul dalam Konsert Slash Live In Kuala Lumpur 2010 yang bakal berrlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon Theme Park, pada 5 Ogos nanti.

Ura-ura tersebut bagaimanapun timbul kerana Ella sebelum ini pernah menggunakan khidmat Slash menerusi lagu Bayangan sewaktu dia tampil dengan album studio kesembilannya, El pada 1999. Disebabkan itu, pemilihannya disifatkan sebagai bertepatan.

Tapi, apakah benar Ella sebelum ini telah didatangi dulu oleh pihak penganjurnya untuk menjayakan konsert Slash ini?

Bagi mendapat kesahihan berhubung isu ini, murai.com.my telah berusaha menghubungi Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly, Angelina Fernandez.

Menurut Angelina, dia sendiri pun pelik apabila mendengar berita ini.

"Ini kali kedua saya dengar persoalan tentang isu ini, Terus-terang saya katakan, memang sejak dari awal lagi kami sudah buat keputusan untuk memilih Amy untuk bersama-sama menjayakan konsert Slash. Kami juga tidak ada sekali pun menyebut nama Ella sebelum ini ", jawabnya dengan nada terpinga-pinga.

Jelas Angelina lagi, pemilihan Amy Search untuk beraksi di dalam konsert Slash itu juag menrupakan satu keputusan yang tepat.

"Bukan hendak menidakkan kehebatan Ella sebagai Ratu Rock tempatan kita. Tetapi, apa yang pasti, kami memilih Amy berdasarkan kepada pencapaian, latar belakang serta karektornya yang sesuai dan setanding sebagai otai rock negara yang boleh dibanggakan untuk berganding dengan gitaris Slash", katanya.

Dalam pada itu, Angelina sempat menerangkan serba sedikit tentang konsert Slash Live In Kuala Lumpur 2010 yang bakal diadakan tidak lama lagi itu.

"Apa yang istimewanya, pada konsert itu nanti penonton akan berpeluang untuk menonton dua nama besar Amy dan Slash dalam satu konsert. Di mana, Amy bersama anggota kumpulan Search akan membuat persembahan selama 15 minit, manakala Slash akan membuat persembahan dalam tempih masa yang sejam lamanya.

"Bagaimanapun kami tidak pasti lagi sama ada Amy bakal berduet dengan Slah atau tdiak di dalam konsert ini nanti. Ia sedang dalam perbincangan", tambahnya lagi yang ketika ini sibuk rangka untuk mempromosikan konsert yang dianjurkan tersebut.

Difahamkan, Amy yang baru saja terlibat dengan konsert Rockabola yang diadakan di Batu Pahat, Johor baru-baru ini telah melahirkan rasa gembira dan teruja dengan penghormatan tersebut.

Apa yang pasti, kehadiran bekas pemain gitar utama kumpulan Gun's N Roses, Slash di Malaysia sempena konsert Slash Live In Kuala Lumpur 2010 itu akan membuatkan ramai rocker-rocker makin tidak sabar untuk menyaksikan persembahannya.

Bagi sesiapa yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan persembahan rockers ini, tiket boleh didapati di cawangan Bentley, Guitar Collection, Mahogany Music, Guitar Planet, Yamaha Music (M), Rock Corner, Akarkarya Studio Damansara, FP Backline & Studio, Victoria Music Store serta pejabat jualan tiket Firefly di semua destinasi

Di mana, tiket VIP telah dijual pada harga RM378. Bagi PS1, harga tiket adalah RM253, RM178 dan RM 128. Tiket PS2 pula berharga RM183, RM 128 dan RM93. Anda juga boleh menempah tiket ini secara online di www.fatdeal.com.my atau hubungi talian 03-78622000.

No comments:

Post a Comment