Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 25, 2010

Norman Bantah Ahmad Idham Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas

Kata mereka, perlantikan Ahmad Idham sebagai orang kuat Finas akan menyebabkan conflict of interest kerana beliau juga merupakan penerbit serta pengarah filem yang berjaya. Biasa’lah, penerbit-penerbit lain pun risau filem-filem mereka gagal ke pawagam, dan secara tidak langsung menutup periuk nasi mereka.

Norman KRU, turut tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut dengan menyindir bahawa Ahmad Idham juga boleh melantik David Teo sebagai pengerusi Finas. Kata Norman, “Kalau macam tu biar Finas jadi syarikat Finas Sdn. Bhd. sahaja, lagi senang.”

Kecewa, beberapa orang kuat filem telah menghantar memorandum kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan untuk membantah perlantikan Ahmad Idham sebagai ahli lembaga pengarah Finas.

Pihak mereka masih menantikan jawapan daripada kementerian terbabit untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment