Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, July 31, 2010

Katy Perry Sanggup Bogel Demi Album

015828080 Katy Perry Sanggup Bogel Demi Album

PENYANYI remaja yang bakal membuat persembahan di Malaysia pada MTV World Stage 2010, Sabtu depan iaitu Katy Perry (gambar) dilaporkan sanggup bergambar separuh bogel untuk kulit album terbarunya iaitu Teenage Drama.

Perry yang gembira dan berpuas hati dengan hasil albumk itu menyifatkan foto yang mendedahkan bahagian atas badannya sebagai ‘hebat’.

Menurut laporan di laman web acesshowbiz.com, potret oleh pelukis kontemporari terkenal, Will Cotton itu menyaksikan Perry berbaring di atas prop gula-gula berbentuk awan dalam keadaan berbogel separuh badan.

“Oh, Tuhan. Apa yang akan ibu saya kata apabila melihat gambar ini? Saya teruja, berdebar dan agak gemuruh kerana ini (gambar) adalah karya seni sejati saya yang pertama selain potret gambar saya ketika sedang membesar dulu yang tergantung di dinding rumah Gwen Stefani.

“Bagaimanapun, gambar ini hanya untuk tujuan kulit album sahaja, bukan untuk cetakan, edaran atau apa sahaja tujuan lain. Saya berharap orang ramai dapat mengenalpasti gambar ini adalah terjemahan diri saya yang sebenar,” katanya sebaik sahaja melihat gambar itu.

Tambah Perry, “Saya ingin hasilkan sebuah karya yang akan memberi impak besar dan diingati. Saya rasa hasil kerja ini akan pasti diingati kelak.”

/// mstaronline ////

No comments:

Post a Comment