Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, July 31, 2010

Jennifer Love Hewit Tiduri 26 Lelaki

jennifer%20love Jennifer Love Hewit Tiduri 26 Lelaki

AKTRES Jennifer Love Hewitt mengaku pernah meniduri 26 orang lelaki hanya dalam tempoh dua hari. Jennifer dengan perasaan bangga menceritakan hal tersebut.

Namun perkara tersebut bukanlah dalam kehidupan nyata kerana ia hanyalah dalam filem terbaru berjudul The Client List yang menampilkannya sebagai seorang gadis bekerja sebagai pelacur.

“Saya melakukan adegan ini selama dua hari. Saya harus mengganti baju tidur untuk 26 orang dalam masa dua hari. Saya bersama 26 lelaki di dalam kamar secara silih berganti,” kata Jennifer seperti dipetik dari Showbizspy.

Jennifer mengaku sukar dengan peranan yang dimainkan itu. Tetapi, bekas bintang drama siri ‘Party of Five’ ini menganggap watak tersebut sebagai cabaran kepadanya.

“Saya benar-benar menjadi wanita pekerja seks dalam filem ini,” ujarnya.

Biarpun kerjaya lakonannya berjalan baik, tetapi hubungan cinta wanita cantik ini tidak pernah bahagia. Hubungan cinta yang dibina sering berakhir dengan perpisahan dan kesedihan.

Bagaimanapun, perkara itu tidak membuat Jennifer putus asa dengan kehidupan cintanya. Malah dia juga berniat untuk memiliki anak sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

Dia juga merancang untuk menggambil anak angkat seperti yang pernah dibuat pelakon wanita lain seperti Sandra Bullock dan Sheryl Crow.

“Saya merancang untuk mendapatkan anak sama ada dari rahim sendiri atau anak angkat. Saya sangat terbuka soal itu,” ujar bekas kekasih Jamie Kennedy ini.

/// mstaronline ////

No comments:

Post a Comment