Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, July 20, 2010

Sertai Ujibakat Untuk Beraksi Di Konsert Slash!

KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2010: Hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi Malaysia akan menerima kunjungan besar daripada lagenda pemain gitar utama kumpulan Guns N Roses, Slash. Ramai yang nampaknya tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan kehebatan Slash beraksi di depan mata mereka.

Bagi yang sama-sama ingin merasakan kehangatan Konsert Slash Live In Kuala Lumpur 2010 nanti, jangan lepaskan peluang untuk sertai Uji Bakat Bintang Rock Hot FM yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan Firefly.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly, Angelina Fernandez ketika dihubungi berkata, dia mengalu-alukan semua band muzik rock untuk menyertai ujibakat yang bakal diadakan di Sky Park Subang Terminal 3 pada 24 Julai 2010 tersebut. Ujibakat ini akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

"Kami mencari 1 band yang berbakat untuk membuka tirai Konsert Slash Live in Kuala Lumpur 2010 nanti.Band itu mestilah terdiri daripada seorang vokalis, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bass serta seorang pemain drum sahaja. Inilah peluang untuk mereka menyerlahkan bakat mereka," katanya.

Menurut Angelina lagi, selain Amy Search, band yang terpilih itu juga akan berpeluang beraksi selama 15 minit sebagai opening act untuk konsert Slash itu nanti. Apa Amy akan membawakan lagu-lagu hits Search termasuklah Isabella.

Manakala lagenda rock, Slash pula akan membawakan lagu-lagu hitsnya ketika bersama band rock Guns N Roses serta beberapa lagu daripada album barunya. Begitupun,Slash akan mula tiba di Malaysia pada 4 Ogos ini sebelum muncul di konsertnya pada keesokkan harinya.

Bagi sesiapa yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan persembahan Slash ini, tiket boleh didapati di cawangan Bentley, Guitar Collection, Mahogany Music, Guitar Planet, Yamaha Music (M), Rock Corner, Akarkarya Studio Damansara, FP Backline & Studio, Victoria Music Store serta pejabat jualan tiket Firefly di semua destinasi

Tiket VIP dijual pada harga RM378. Tiket PS1pula boleh didapati pada harga RM253, RM178 dan RM 128. Tiket PS2 pula berharga RM183, RM 128 dan RM93. Anda juga boleh menempah tiket ini secara online di www.fatdeal.com.my atau hubungi talian 03-78622000.

No comments:

Post a Comment