Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, July 20, 2010

Projek Pistol Gabungan Pemuzik Otai!

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2010: Bila sebut band 'Projek Pistol' mungkin ada yang tidak berapa familiar dengan nama kumpulan itu. Sebaliknya jika, disebut satu persatu nama ahli kumpulqannya pasti ramai yang mengenalinya kerana kesemuanya pernah beraksi bersama kumpulan rock otai, Search.

Projek Pistol yang disertai oleh Edrie Hashim (Gitar), Boy (Vokalis), Pa'e (Drum), dan Zam (Bass) adalah nama-nama yang tidak asing dalam industri muzik tempatan dan mereka baru menghasilkan album sulung mereka iaitu Stereo Amanda pada 26 Jun lalu.

Menjelaskan tentang penubuhan Projek Pistol, Edrie berkata, band muziknya bukanlah sebuah band muzik yang biasa kerana kebanyakan ahlinya sudah dikira otai dalam bidang ini. Disebabkan itu, Projek Pistol turut digelar sebagai 'Supergroup'.

"Bagaimanapun, kami juga terbuka jika sesiapa ahli dari band ini dipanggil untuk menjayakan band lain, seperti saya sendiri kadang-kadang dipanggil oleh Search untuk membuat persembahan. Bahkan Pa'e juga bekas kumpulan XPDC manakala Zam pun sebelum ini pernah main untuk Flop Poppy dan Search", jawabnya.

Oleh disebabkan itu, Edrie mengakui 'Projek Pistol' mengambil masa yang agak lama iaitu lima tahun selepas band itu ditubuhkan untuk menghasilkan album mereka.

"Bukan kita tak nak buat album sebelum ni, tapi disebabkan masing-masing pun sibuk dengan komitmen jadi kami tidak dapat mencari satu masa untuk menggabungkan semuanya dalam satau masa.

"Sebelum ini Boy aktif dan sibuk dengan Big Bandnya di club, jadi bila ada kesempatan untuk berkumpul ini kami akhirnya berjaya bergabung bersama-sama untuk merakamkan sebuah album untuk peminat-peminat setia kami", tambahnya lagi.

Sementara itu, Projek Pistol yang dalam rangka mempromosikan album mereka ternyata berpuas hati dengan pencapain mereka selepas dapat bersama-sama berkumpul menjayakan showcase mereka di Celebrity Club Canon, Solaris Mount Kiara 30 Jun lalu.

"Alhamdulilah, akhirnya impian kami untuk beraksi di atas pentas sebagai band Projek Pistol sudah tercapai. Showmcase pada malam itu sebenarnya adalah rangka pertama kami dalam mempromosikan album Stereo Andromeda", katanya.

Dalam pada itu Edri memberitahu murai.com.my, istimewanya album kerana ini adalah hasil gabungan idea daripada semua anggota band Projek Pistol.

"Walaupun lirik banyak dihasilkan oleh saya sendiri, namun susuan muzik dan lagu dalam album ini disumbangkan oleh setiap ahli. Semua ahli meletakkan karakter masing-masing ke dalam lagu dalam album ini. Kami mencapai kata sepakat di mana masing-masing bebas menyurakan pendapat masing-masing. Maka terciptalah Stereo Andromeda", tambahnya yang begitu teruja dengan kemunculan album sulungnya itu.

Band yang dikenali 'Supergroup' ini juga dalam proses menghasilkan video klip untuk 2 lagu hits dari album mereka iaitu Wanita Seluruh Dunia dan Syurga itu sekali lagi akan mengadakan menemui peminat-peminat mereka di konsert HotFM Mini Jamm, 31 Julai ini.

Bagi meneruskan rangka promosi mereka, Projek Pistol akan menjelajah serta bergerak ke utara tanah air selepas ini serta dijangka akan berada di Hard Rock Café Penang tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment