Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 19, 2010

Lia 3 Macan bahagia dengan Andreano

Kumpulan 3 Macan akan muncul kali pertama di Malaysia pada 8 Julai ini apabila diundang mengadakan persembahan bersama Anita Sarawak dalam persembahan Mini Showcase Cinta Anita.

Persembahan yang akan diadakan pada pukul 3.00 petang di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur itu sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010. Ia dibawakan oleh Life Records dan Music City dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Siapa 3 Macan?

ADEGAN CIUM DALAM FILEM PERNAH CETUS KONTROVERSI.

Kumpulan 3 Macan dianggotai oleh Lia Ladysta, Ayu Terra dan Yeni Anggraeni. Mereka terkenal dengan imej cantik dan seksi membawakan lagu-lagu popular Indonesia dalam konsep dangdut. Lagu SMSmenjulang nama mereka.

Lia sebelum ini bersama Iva Novanda dan Dian Aditya menganggotai Trio Macan. Namun bulan lalu dia mengumumkan penukar nama apabila menghadapi masalah perebutan nama kumpulan dengan syarikat pengurusan. Sebelum itu ada gosip mengatakan Lia dibuang dari 3 Macan.

Lia tidak mengambil kisah dan tidak mahu berebut nama tersebut kerana baginya bukanlah nama yang diutamakan sebaliknya hasil yang dilakukan oleh artis itu sendiri.

TRIO MACAN AKAN CARI PENGGANTI LIA?

Cinta bahagia Lia-Andreano

Dalam hal peribadi Lia kini sedang bahagia berpacaran dengan model dan pelakon lelaki hot Andreano Philips sejak tujuh bulan lalu. Mereka sering bersama-sama dan menyokong di antara satu sama lain.

Malah Andreano sendiri memberitahu Mangga Online yang dia akan bercuti semasa 3 Macan mengadakan promosi di Malaysia untuk bersama-sama kekasihnya itu.

LIA BERSAMA ANGGOTA 3 MACAN

"Saya akan ke Kuala Lumpur juga nanti bersama 3 Macan," kata Andreano melalui khidmat mesej BlackBerry (BBM) kepada Mangga Online.

MENIKMATI SAAT INDAH PERCINTAAN.

Saya sebenarnya mengenali Andreano sejak beberapa tahun lalu semasa dia belum mencipta nama di Indonesia.

Sekarang Andreano semakin dikenali dan wajahnya banyak menghiasi iklan di Indonesia. Dia juga berlakon banyak filem antaranya filem sensasiHantu Puncak Datang Bulan.

Filem Hantu Puncak Datang Bulanmenimbulkan kontroversi adegan bercium dan ranjang. Andreano sendiri melakonkan adegan cium dengan Lia dalam filem tersebut.

Kedua-dua mereka sebenarnya semakin rapat dan akhirnya jatuh cinta selepas berlakon dalam filem tersebut. Bukanlah cinta promosi sebaliknya mereka terus menjalin hubungan sehingga hari ini.

Pilih lagu popular

Trio Macan mula popular menerusi lagu dangdut berjudul SMS yang mendapat sambutan hangat. Apatah lagi timbul kontroversi pasal siapakah penyanyi asal lagu tersebut apabila ada penyanyi yang mendakwa menyanyikannya terlebih dahulu.

Mereka mudah popular kerana kembali merakam lagu yang sudah popular dengan cara mereka yang tersendiri.

Album ketiga yang sedang dipasarkan di Malaysia oleh Life Records memuatkan lagu-laguMakhluk Tuhan Paling Sexy, Wonder Woman, Dokter Cinta, Kucinta Kau Apa Adanya, Munajat Cinta, Jatuh Cinta Lagi, Koq Gitu Sih, Sunny, Betedan OK.

Lagu-lagu tersebut merupakan lagu-lagu hits dan sangat laris jualan ring back tones (RBT). Album ini sudah memasuki pasaran Malaysia sejak April lalu.

3 Macan mengharap respons positif pecinta muzik, terutama dari kalangan orang muda. Melalui album terbaru ini, 3 Macan ingin membuktikan bahwa musik dangdut akan terus diterima oleh peminat.






No comments:

Post a Comment