Tempat & harga memancing :-
- Kelong Pakcik Awaludin - RM 25seorang, booking RM250 - Maksimum 10 orang.
- Jeti di Pulau Asam - RM20 seorang. Maksimum 40 orang.
- Pulau Perjudi - RM35 seorang. Maksimum 50 orang.
- Sewa Bot - RM450/day. Maksimum 3 orang.
Kepada pengunjung yang berminat untuk melabur syer bagi membina kelong untuk memancing berkeluasan 33 X 66 kaki persegi, sila hubungi kami di 017-2747195 atau metabiz@yahoo.com.my. Kadar syer satu unit sebanyak RM5'000.00 sahaja dan terhad kepada 18 orang. Kami akan sediakan semua dokumen-dokumen perjanjian dan segala hal pengurusan adalah tanggungjawab kami. Keuntungan bersih akan dibahagi mengikut jumlah syer.
Juga kepada pengunjung yang berminat melaburkan modal bagi membina medan ikan bakar di sini berkeluasan 30 x 30 kaki persegi juga dialu-alukan kerana jumlah pengujung di tempat kami semakin ramai tetapi medan ikan bakar masih tiada di tempat kami. Kos membina Medan Ikan bakar di sebelah jeti kampung balak dianggarkan berjumlah RM50'000 hingga RM500'000 bergantung kepada bahan binaan yang anda perlukan.
*PERINGATAN*
Kepada semua pemancing, kami tidak akan bertanggungjawab diatas segala kerugian dan kemalangan yang berlaku sepanjang anda menggunakan perkhidmatan kami. Sebarang persetujuan yang telah anda lakukan , kami beranggapan bahawa risiko adalah ditanggung oleh anda sendiri. Sebarang tuntutan gantirugi dan sebagainya tidak akan dilayan.
BERITA TERKINI :
Pada 20 Julai 2010 hari Selasa-
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan makan dan minuman untuk pemancing,
Makan Tengahari & Malam, harga RM6.50 untuk sekali makan - Nasi,Ikan@ayam, sayur, dan lain-lain, serta minuman panas atau sejuk. Kos Penghantaran RM5 sekali hantar. Tempahan minimum untuk 5 Orang.
Kami juga menyediakan umpan hidup atau mati seperti , Pun Pon, anak-anak ikan, sotong, serta udang jala hidup gred B (RM1/ekor)
Segala tempahan mestilah dibuat sebelum tarikh anda pergi memancing. Segala pembayaran mestilah dibuat sebelum anda pergi memancing ke akaun MAYBANK NOR MAHADI AWALUDIN no.akaun 166010006155.
Pakcik Awaludin akan memberhentikan semua aktiviti memancing di kelong beliau kerana sekarang musim ribut kuat sering berlaku pada waktu malam sahaja. Sekiranya anda hendak memancing, anda dinasihatkan untuk menghubungi kami terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat tentang cuaca semasa. Namun Jeti Pulau Asam dan Pulau Perjudi di buka seperti biasa.
Pada 7 Julai 2010 hari rabu-
Terdapat penipuan kepada kaki pancing yang memancing di jeti pulau asam. Kami mendapat maklumat terkini seorang botman yang tidak berdaftar cuma mengenakan RM10 seorang untuk memancing di jeti pulau asam. Anda di nasihatkan jangan menggunakan perkhidmatan beliau kerana anda akan dihalau dari tempat memancing tersebut jika didapati menggunakan perkhidmatan botman tersebut oleh pihak berkuasa. bayaran sebenar untuk memancing di jeti pulau asam tersebut RM20.00.
Seramai 10 orang yang dah menempah untuk memancing pada 17 julai 2010. Anda bila lagi??? dan untuk pengetahuan... Darah belangkas bernilai RM17500 selitter. dan 2 guni benih anak kerang 140 kg bila dah umur 1 tahun 8 bulan boleh jadi 1 kontena punya berat. So, saya dah bagi idea nie....siapa yang ada modal boleh join kami bisness.
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan makan dan minuman untuk pemancing,
Makan Tengahari & Malam, harga RM6.50 untuk sekali makan - Nasi,Ikan@ayam, sayur, dan lain-lain, serta minuman panas atau sejuk. Kos Penghantaran RM5 sekali hantar. Tempahan minimum untuk 5 Orang.
Kami juga menyediakan umpan hidup atau mati seperti , Pun Pon, anak-anak ikan, sotong, serta udang jala hidup gred B (RM1/ekor)
Segala tempahan mestilah dibuat sebelum tarikh anda pergi memancing. Segala pembayaran mestilah dibuat sebelum anda pergi memancing ke akaun MAYBANK NOR MAHADI AWALUDIN no.akaun 166010006155.
Pakcik Awaludin akan memberhentikan semua aktiviti memancing di kelong beliau kerana sekarang musim ribut kuat sering berlaku pada waktu malam sahaja. Sekiranya anda hendak memancing, anda dinasihatkan untuk menghubungi kami terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat tentang cuaca semasa. Namun Jeti Pulau Asam dan Pulau Perjudi di buka seperti biasa.
Pada 7 Julai 2010 hari rabu-
Terdapat penipuan kepada kaki pancing yang memancing di jeti pulau asam. Kami mendapat maklumat terkini seorang botman yang tidak berdaftar cuma mengenakan RM10 seorang untuk memancing di jeti pulau asam. Anda di nasihatkan jangan menggunakan perkhidmatan beliau kerana anda akan dihalau dari tempat memancing tersebut jika didapati menggunakan perkhidmatan botman tersebut oleh pihak berkuasa. bayaran sebenar untuk memancing di jeti pulau asam tersebut RM20.00.
Seramai 10 orang yang dah menempah untuk memancing pada 17 julai 2010. Anda bila lagi??? dan untuk pengetahuan... Darah belangkas bernilai RM17500 selitter. dan 2 guni benih anak kerang 140 kg bila dah umur 1 tahun 8 bulan boleh jadi 1 kontena punya berat. So, saya dah bagi idea nie....siapa yang ada modal boleh join kami bisness.
Antara hasil yang sempat diambil gambar...
Ni group En Fadli, Siakap~11kg...Siakap Batu~8kg dan Kurau~3kg..
Sebelum tu, ada yang dapat hasil Pari Daun~15kg ngan Pari Tanjung~20kg!!!Apa lagi?Ada berani..bukti dah ada.....anda bila lagi??
KOLEKSI GAMBAR
Port Dickson (PD) nama "PAKCIK AWALUDIN"" tidak asing lagi bagi semua kaki pancing yang pernah memancing disini. Beliau adalah seorang pengusaha kelong memancing di Pasir Panjang, Port Dickson. Dengan sikapnya yang mudah mesra, timbang rasa, lebih kurang dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada semua pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan beliau, maka sehingga kini sudah hampir 40 tahun beliau telah berkecimpung dalam industri ini.
Beliau mula turun kelaut dan mendapat pendidikan untuk menangkap ikan dari arwah bapanya (Maarof Bin Daim) juga seorang nelayan dan pawang laut, sejak beliau berumur 8 tahun lagi, sehingga sekarang beliau sudah mencecah usia 60 tahun. Ini bermakna Pakcik Awaludin berpengalaman selama 52 Tahun berkaitan air laut, ikan, kitaran cuaca, arus, angin dan sebagainya untuk berjaya menangkap ikan demi menyara ahli keluarganya dengan hasil tangkapan yang lumayan setiap kali ianya turun kelaut.
Berkongsi pengalaman beliau selama 52 tahun menjadi nelayan di kawasan port dickson, kata beliau " Kawasan perairan di selat melaka terbahagi kepada 4 musim setahun iaitu utara, timur, selatan dan barat. Tambah beliau lagi, musim-musim tersebut berlaku dalam tempoh 3 bulan sekali. Setiap musim tersebut akan berlaku cuaca dan aktiviti alam semulajadi. Untuk dapatkan ikan yang banyak, kena faham dan mengetahui akan kitaran musim." Untuk dapatkan maklumat berkaitan musim-musim serta fenomena alam semulajadi yang berkaitan ikan, arus, ombak, angin, ribut, cuaca panas & sejuk dan sebagainya dalam bentuk EBOOK yang akan dijual dengan harga RM20.00 sebuah. Sila email atau sms "Ebook Metafish" ke metabiz@yahoo.com.my atau 017-2747195 (metabiz)
Air laut akan mengalami pasang surut 2 kali dalam sebulan.
Berikut adalah jadual pasang surut sebulan mengikut kalender Islam.
- 1Hb Hingga 7Hb - air pasang besar (arus kuat & ikan banyak)
- 15Hb Hingga 21Hb - air pasang besar (arus kuat & ikan banyak)
- 1melayu-turun(AIR PASANG PENUH)-7.30 siang/malam
- 2melayu-turun(AIR PASANG PENUH)-8.00 siang/malam
- 3melayu-turun(AIR PASANG PENUH)-8.30 siang/malam
- 4melayu-turun(AIR PASANG BESAR)-9.00 siang/malam
- 5melayu-turun(AIR PASANG BESAR)-10.0 siang/malam
- 6melayu-turun(AIR PASANG KECIL)-11.00 siang/malam
- 7melayu-turun(AIR PASANG KECIL)-12.00 siang/malam
- 8melayu-turun(AIR PASANG KECIL)-1.00 siang/malam
- 9melayu-turun(AIR PASANG KECIL)-2.00 siang/malam
- 10melayu-turun/naik(AIR PASANG KECIL)-3.00 siang/malam
- 11melayu-naik(AIR PASANG KECIL)-4.00 siang/malam
- 12melayu-naik(AIR PASANG KECIL)-5.00 siang/malam
- 13melayu-naik(AIR PASANG PENUH)-6.00 siang/malam
- 14melayu-naik(AIR PASANG PENUH)-6.30 siang/malam
- 15melayu-naik(AIR PASANG PALING PENUH)-7.00 siang/malam-bulan penuh
- 16melayu-turun(AIR PASANG PENUH)-7.30 siang/malam
- 17melayu-turun(AIR PASANG PENUH)-8.00 siang/malam
- 18melayu-turun(AIR PASANG BESAR)-9.30 siang/malam
- 19melayu-turun(AIR PASANG BESAR)-9.00 siang/malam
- 20melayu-turun(AIR PASANG BESAR)-10.00 siang/malam
- 21melayu-turun(AIR PASANG KECIL)-11.00 siang/malam
- 22melayu-turun(AIR PASANG KECIL)-12.00 siang/malam
- 23melayu-turun(AIR PASANG KECIL)-1.00 siang/malam
- 24melayu-mati(AIR MATI/BANI)-2.00 siang/malam
- 25melayu-naik(AIR PASANG KECIL)-3.00 siang/malam
- 26melayu-naik(AIR PASANG KECIL)-4.00 siang/malam
- 27melayu-naik(AIR PASANG PENUH)-5.00 siang/malam
- 28melayu-naik(AIR PASANG PENUH)-6.00 siang/malam
- 29melayu-naik(AIR PASANG PENUH)-6.30 siang/malam
Namun pada tarikh air mati@surut di kawasan perairan pulau judi, memang banyak ikan Kurau, Senangin, Pari dan sebagainya, kerana time inilah nelayan pergi Menagan Ikan. Lagi pun di hadapan pulau judi terdapat sebuah beteng pasir, di hadapan beting pasir terdapat palong yang dalam kira-kira 3 batang pokok kelapa. So, memang ikan seperti yang disebutkan tadi bermain di bawah palong tersebut masa air mati@kecil di situ. tempat itu juga berpasir.
Habitat Ikan Semilang, Usad, Gemang, Duri, Belukang, Mayong Belut@Siratdan sebagainya adalah dikawasan yang berlumpur, dan waktu untuk menagkapnya pada musim timur & selatan, nak tahu musim tersebut bila, sila dapatkan Ebook Metafish.
GAMBAR PARKIR PEMANCING
DI KAMPUNG BALAK
Semua kenderaan dalam gambar ini milik pemancing. Itu pun ramai yang dah balik, kalau tak penuh di kawasan ini setiap minggu. Parkir kereta ini selamat sebelah kawasan ini rumah Makcik Ani, peniaga dikawasan ini.
Tentang keselamatan kenderaan anda jangan dibimbangkan. Parkir seperti gambar tersebut sebelah rumah makcik ani. Pakcik Awaludin bercadang untuk membina parkir berbayar di sebuah tapak khas dengan bayaran sebanyak RM2 sehari disebabkan parking di sini selalu penuh dan terpaksa beliau menyewa tanah orang lain untuk bina parkir yang baru dan selesa.
Ini pula warung desa milik makcik ani di sebelah parkir seperti gambar diatas. Di sini ada jual ikan masin, lala, buah tanah, ikan, udang , ketam fresh. Burger, kuih muih dan sebagainya pun ada dijual. selalu nasi lemak ketam kat sini RM1.50 sahaja sebungkus. Minuman panas dan sejuk pun ada dijual.
Ini gambar JETI Pantai Nelayan Kampung Balak. Jeti Konkrit yang menelan belanja RM 800'000.00 termasuk tembok penahan ombak sumbangan JPS kepada masyarakat nelayan disitu.
Dengan mengunakan kaedah metafizik, kami boleh kira jam berapa anda mempunyai potensi tinggi untuk mendapat rezeki manakala melalui pengalaman dan pengetahuan pakcik awal pula anda boleh tahu mana port, musim bila banyak ikan, dan sebagainya untuk membawa hasil tangkapan ikan yang banyak.
Oleh yang demikian, kami telah berbincang dengan Pakcik Awaludin, SifuEddy Rosyadie (PAKAR BERKAITAN MEMANCING) untuk menyediakan perkhidmatan khas untuk kaki pancing supaya mudah berjaya serta berpotensi tinggi untuk berjaya memancing ikan. Kami akan gabungkan kaedah yang ada dalam metafizik dan pengalaman dan pengetahuan pakcik awaludin berkaitan cuaca, air dan sebagainya seperti yang telah disebutkan tadi. Ketepatan dan kejayaan dengan menggunakan Formula METAFISH iaitu gabungan ilmu metafizik dan pengalaman Pakcik Awaludin, boleh mencecah 70% ke 98% potensi kejayaan. So, Melihat kepada peratus tersebut, potensi gabungan Formula METAFISH tersebut sangat tinggi dan hampir 100% tepat.
Kami hanya mengenakan cas perkhidmatan tersebut sebanyak RM120 sahaja untuk satu kiraan. Ianya termasuk software untuk kiraan luck anda, jam berapa dan dimana tempat sesuai memancing. So kalau ada pertandinggan memancing memang anda berpotensi untuk menang. Untuk belajar pasal kiraan luck yang lebih mendalam lagi sila hadiri kursus yang di buat oleh sifu Eddy Rosyadie, Maklumat lanjut layari Blog beliau di http://www.eddy-rosyadie.blogspot.com/ Kami juga akan menyiarkan artikel-artikel serta gambar-gambar pemancing yang telah berjaya dengan menggunakan formula kami yang dinamakan "METAFISH" sebagai bukti kejayaan dalam blog ini pada masa akan datang.
Cubalah anda bayangkan, dengan membayar RM 120 anda tak perlu bersusah payah melalui pahit getir seperti pengalaman yang telah dilalui selama 52 tahun oleh Pakcik Awaludin, dengan bayaran serendah RM120 juga anda tidak perlu belajar bersusah payah dan habis duit beribu-ribu ringgit seperti kami dulu untuk mendapatkan ilmu metafizik. Dengan bayaran RM120 sahaja anda sudah mempunyai potensi kejayaan yang besar untuk berjaya memancing/menangkap ikan.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan formula METAFISH. Sila emailkan atau sms METAFISH ke metabiz@yahoo.com.my @ 0172747195. sertakan nama penuh anda, tarikh lahir & Tempat tinggal semasa anda.
KELONG PAKCIK AWAL
Pandangan hadapan kelong, walaupun nampak Uzur namun mampu mengisi 20 orang pemancing dalam satu masa. Keluasan 30 X 30 kaki
persegi.
Pandangan tepi kelong Pakcik Awal. Belakang kelong ada tukun tiruan sudah hampir 15 tahun. So, memang port ikan tu....!!!!
Kelong bersebelah pakcik awal juga dibawah jagaan beliau, kerana tuannya telah meninggal dunia.
Ini adalah kelong kedua pakcik awal, itu pun sumbangan daripada pihak UPM. Kelong pertamanya telah roboh dilanda ribut.
Gambar pemancing di kelong pakcik awal. Pembantu botman sedang bersedia melemparkan tali pengikat boat untuk diikat kepada kelong.Pemancing sedang menaikkan peralatan memancing beliau setelah tiba di kelong pakcik awaludin.
Ikan sembilang dan daun baru yang berjaya dibawa naik oleh pemancing di jeti baru pulau asam.
Koleksi ikan peringkat awal milik pemancing.
Pakcik awaludin dan abang zahari menunjukkan ikan hasil daripada memancing. Abang zahari memegang ikan senangin berat 3.5 kg manakala pakcik awaludin memegang gemang berat dalam 2 Kg.
Ikan senangin dan gemang.Untuk memancing di kelong tersebut bayaran RM25 dikenakan termasuk kos pengiklanan ini. Berminat boleh email atau sms metabiz@yahoo.com.my atau hubungi 017-2747195 ( Metabiz ).
GAMBAR KELONG TERBARU
Gambar kelong terbaru yang telah siap peruntukan daripada LKIM untuk nelayan terpilih. Pakcik awaludin telah siapkan kelong tersebut dalam masa kuran satu bulan. Design kelong nie berbentuk U. berkeluasan 30 X 30 Kaki persegi setiap unit sebanyak 5 unit. Lokasinya di kampung telok, pasir panjang.
Gambar pandangan hadapan kelong unit pertama, kelong nie belum di peruntukkan dengan pondok, so pakcik awaludin tengah tunggu wang peruntukan untuk membina pondok dari LKIM. Dah ada pondok nanti barulah ianya akan dibuka kepada pemancing...!!!
Gambar dari sudut belakang kelong. Kalau nak tahu kelong nie memang port ikan sembilang ....!!
Berita terkini yang saya dengar, Pakcik Awaludin dapat kontrak baru nak bina Kelong memancing berukuran 35 X 35 kaki persegi milik seorang Kepten Kapal yang di uruskan oleh anak buahnya saudara Rizal bin Ismail iaitu penduduk tempatan disini. Kos perbelanjaannya sebanyak RM65K tidak termasuk boat dan injen sangkut. Kelong diperbuat dari batang nibong. Insyallah semasa proses pembinaannya itu nanti kami akan ambil gambar dan tayangkan di blog ini. Kerja-kerja pembinaan kelong tersebut akan bermula dalam minggu ini dan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 minggu ke 3 bulan, bergantung kepada cuaca dan meterial pembinaan.
Kelong tersebut boleh di buat tempat istirehat persendirian, sewa memancing, ternakkan kupang & tiram, ternakan ikan & udang. Mengenai pasaran pula tidak menjadi masalah kerana Port Dickson adalah kawasan pelancongan. Harga produk makanan terutamanya hasilan segar dari laut memang dapat dijual dengan harga yang tinggi. Misalnya harga per kilo,
Kupang RM4.50 Ke RM8,
Udang Gred A RM 35-RM150, Gred B RM 18- RM25, Gred C RM 12- RM15,
Tiram RM45 Ke RM65,
Ikan Bawal RM 35-75,
Siakap RM25 Ke 35,
Kurau RM25 - RM45.
dan macam-macam lagi. pendek kata, semua barang fresh mahal di Port Dickson . Terutamanya ketika cuti sekolah dan perayaan-perayaan tertentu. Sesiapa yang pernah tinggal di Port Dickson tahulah hakikatnya yang sebenar berkenaan makanan segar disini....So, anda yang berminat nak buat kelong memancing kalau nak kata market di sini memang tak ada masalah insyallah....!!!
RM 85'000.00 tu dah siap dengan boat dan Injen sangkut tapi stok yang sederhana kecillah. tapi kalau nak boat dan Injen yang besar memang tak cukup dengan RM85K tu. Kalau nak kelong di buat daripada Tiang konkrit pula Makan modal RM150K ke RM500K, harga ini ikut saiz kelong yang anda mahulah. Bila di baca memanglah mahal, tapi ketahanan melebihi 25 tahun jika dijaga rapi, berbanding dengan RM85K tadi, tiangnya di perbuat daripada batang Nibong, manakala ketahanan di dalam air selama 5 ke 10 tahun sahaja.
Untuk pengetahuan anda, orang berbangsa melayu lebih diutamakan dalam proses permohonan TOL sekaki RM3, permit atau pun lesen RM200 oleh Jabatan perikanan dan sebagainya terutamanya anak tempatan disitu. So, kalau anda seorang berbangsa cina , india dan sebagainya kami nasihatkan anda mencari warga tempatan disitu sebagai proxsi diatas permohonan anda. dengan cara ini permohonan tersebut lebih mudah diluluskan oleh mana-mana jabatan kerajaan yang berkenaan. kami pun boleh jadi wakil pihak anda kerana kami juga berasal dan lahir di Port Dickson.
Contohnya, seperti Kapten Kapal tadi buat dengan melantik anak buahnya menguruskan semua hal yang berkaitan lesen, permit, deal dengan kontraktor, penjagaan dan sebagainya. Kapten tersebut keluar modal sahaja tetapi orang kepercayaannya yang buat. So, kalau anda mempunyai hajat yang sama bolehlah hubungi kami email atau sms metabiz@yahoo.com.my atau hubungi 017-2747195 ( Metabiz ).
BOT SEWA MEMANCING
ABANG ZAHARI (BOTMAN 1)
Abang zahari menunjukkan garmin GPS miliknya. Semua port2 ikan sekitarperairan port dickson beliau dah tanda dengan gps. so, mudah sahaja untuk anda tuju untuk berjaya menangkap ikan.
Setakat ini, bot inilah yang terbesar yang ada dimiliki oleh Pakcik Awaludin. Boat ini boleh menempatkan 3 orang pemancing (Untuk keselesaan) dalam satu masa. Ukuran bot 23 kaki, lebar 6 kaki, tinggi 6 kaki. Harga termasuk Boatman RM450 per day. GPS & Fish finder serta lifejaket disediakan. Boat juga memeliki khemah untuk berteduh daripada hujan dan panas.
Pandangan sisi bot yang besar , lebar serta panjang. Memang confident kalau anda naik.
Botman kedua (LAN) sedang melihat percikan air daripada injen sangkut 30 kuasa kuda dengan kelajuan 20 Knot. Pemandangan indah nun jauh disana kelihatan pulau asam dan jeti yang baru dibina.
MASCOT PAKCIK AWALUDIN
Wajah kanak-kanak riang menanti anda....!!!
Abang-abang & kakak-kakak...!!! mari memancing bersama kami!!!!
Lihat tu, kanak-kanak seusia 2 ke 4 tahun pun selesa naik boat ini. Kalau anda mahu tahu, mereka inilah mascot pengiklan pakcik awaludin. 3 Orang nie lah pembawa rezeki kepada pakcik awaludin dan buah hati penawar jantung beliau. Baju Kuning tu nama dia Aleeya, cucu beliau dari anak ke 3, Boy baju merah tu Adam Irfan cucu dari anak ke 4, girl baju merah tu Almy Damia, cucu dari anak 5. So, kalau anda takut naik boat, maknanya anda lagi teruk daripada anak-anak ini....!!!!
PULAU PERJUDI
Pulau perjudi berada di Perairan Pasir Panjang. Keluasannya 50 meter persegi adalah bagus untuk anda berkhemah bersama-sama rakan dan keluarga sambil mandi-manda dan memancing. Boleh memuatkan sebanyak 30 ke 40 khemah dalam satu masa. Kalau dilihat beteng pasirnya menunjukkan ianya memang kawasan ikan pari, kurau, senangin, siakap. Jadi kepada anda yang berminat untuk berkunjung ke pulau ini bayaran RM35 seorang Email atau sms metabiz@yahoo.com.my atau hubungi 017-2747195 ( Metabiz ).
Pulau perjudi. Gambar diatas adalah pandangan hadapan pulau dan gambar sebelah kanan adalah gambar sebelah sisi pulau.
PROJEK JETI BARU
PULAU ASAM
Ini adalah signboard pembinaan Jeti untuk memancing yang dibina under kementerian pelancongan di pulau asam di pasir panjang. Ianya telah siap sepenuhnya, walaupun tarikh jangkaan siap pada 17 july 2010 kos pembinaan ialah RM670'000.00. Untuk pengetahuan anda Pakcik Awaludin adalah salah seorang daripada 2 orang yang dilantik untuk menghantar pemancing di situ dengan harga berpatutan. Jika anda nak try memancing disitu saya nasihatkan cari Pakcik Awaludin kerana jika anda menggunakan khidmat penghantaran dengan orang lain, anda mungkin akan dikenakan dengan harga yang tinggi iaitu harga yang bukan dibenarkan oleh Pihak Berkuasa tempatan. Jeti ini adalah salah satu sumbangan kerajaan kepada nelayan kawasan bagi meningkatkan taraf ekonomi nelayan disitu. Tetapi kebenaran dan tanggungjawab hanya diberikan kepada 4 orang yang berdaftar sahaja iaitu salah seorangnya ialah Pakcik Awaludin. Harga sewa memancing di tempat ini termasuk kos pengiklanannya disini RM20 Seorang.
Pantai nelayan Kg. Balak, Pasir Panjang. Tempat berlepas dan pulang dari pulau. Pakcik Awaludin seorang ketua nelayan di kampung balak.
Pemancing sedang menurunkan barang dan peralatan memancing kedalam bot.
Barangan dan peralatan memancing sahaja dah setengah bot.....!!!
Pemandangan sebahagian kawasan daratan Pulau Asam.
Pemandangan jarak jauh ke Pulau Asam. Kelihatan Jeti Baru yang tersegam indah. Tempoh perjalanan dari kampung balak ke pulau asam mengambil masa 15 Minit sahaja.
Kelihatan seorang nelayan sedang menarik pukat.
Pemandangan jarak dekat Pulau Asam.....!!!Memang menyamankan mata yang memandang.
Pemancing baru tiba di Pulau Asam.
Ketibaan para pemancing di atas pulau asam. Boatman sedang menarik boat untuk memudahkan pemancing memindahkan barangan dan peralatan memancing.
Pemancing perlu berjalan ketapak perkhemahan.
Sebahagian gambar keadaan diatas Pulau Asam yang memang selesa mendirikan khemah. Tempat BBQ juga turut disediakan.
Brader baju hitam nie tergelak tengok barang & peralatan beliau. Stok nak berkhemah setahun di atas pulau nie....!!!!
Khemah boleh di pasang di atas pulau asam nie. Siap boleh bakar ikan lagi...tempat bakar disediakan. Cuma anda perlu bawa arang serta gas sendiri sahaja.
Khemah-khemah yang didirikan diatas pulau asam.
Kalau nak buang air besar atau kecil jangan khuatir, rumah kecil telah disediakan....Cuma jangan jadi mcm cerita Ali Baba Bujang lapuk dah lah!!! " Apa lagi....kasi pecah jer lah!!!!"
Jeti Konkrit siap mozeq sepanjang 50 Meter terus bersambung daripada Pulau Asam ke laut.
Gambar pemandangan daripada hujung jeti terus ke pulau....Memang cantik sekali...!!! Rugi kalau anda tak datang tau!!!
Masa kami ambil gambar nie diwaktu pagi ketika air laut sedang pasang...Memang indah suasana ketika itu.
Kita boleh lihat kelong bersebelahan daripada hujung Jeti.
Tempat duduk pun disediakan bagi keselesaan pemancing.
Anak tangga konkrit untuk memudahkan anda memunggah barangan dan peralatan memancing,
Gambar hasil tangkapan ikan. Masa nie Abang baju hitam & kawan-kawannye dapat 4 Ekor ikan Pari berat dalam 5-8 KG, yang panjang tu ikan malong, dan banyak lagi...tapi tak boleh ambil gambar sebab atas boat, bergoyang-goyang dibuatnye!!!
Pemancing sedang menarik ikan. tarik bang, tarik... Jangan kasi lepas itu ikan. malam nie kita goreng sama dia!!!!
Kanak-kanak pun boleh memancing di atas jeti baru ini. selesa dan selamat di atas jeti nie!!!
Abang-abang kita nie sibuk duk pancing ikan.... Dah sarapan ke belum tu bang oi!!!!
Batang joran berselirat di atas pulau ini.
Gambar hadapan Jeti di Pulau Asam.
Botman membaca tanda arah supaya tidak melanggar batu karang. Walaupun di hari malam, beliau akan berpandu mengikut cahaya bulan dan bintang sahaja.
Botman ni namanya Lan. Anak kelima Pakcik Awaludin. Berpengalaman selama 15 tahun menghantar pemancing pergi dan balik dengan selamat. Dia nie memang cekap macam bapanya juga....!!! Anda jangan risau, dia memang berpengalaman luas dalam bab bot dan baca air....!!!!
Kami sentiasa akan menguploadkan gambar-gambar terbaru pada masa akan datang. Segala maklumat terkini akan kami maklumkan dari masa ke semasa.
Sila email ke metabiz@yahoo.com.my atau hubungi 017-2747195 ( Metabiz ).
Terima Kasih yang tak terhingga kami kepada anda yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kita akan berjumpa lagi.......!!!
Assalammualaikum.....!!!
* Artikel dari http://www.metafizikdankhazanahalam.blogspot.com
Nombor contact x aktif pon...
ReplyDelete