Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, July 18, 2010

Durian Istimewa: Kulit Kuning, Isi Merah

  • Sempena musim durian ini saya mahu berkongsi dengan pelawat IzoBlog, durian istimewa berisi merah. Jangan ingat ini durian versi Photoshop pula. Ini durian betul-betul punya nie :D

    Siapa tidak kenal durian.. Durian adalah raja kepada buah, kulitnya yang berduri dan isinya sedap dimakan. Sama ada makan begitu atau pun dibuat bubur, lempuk, dan wajik.

    Berbeza pula dengan durian merah seperti di bawah. Durian Merah merupakan durian liar yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai durian dalit.

    Sama halnya dengan durian lainnya, durian ini mempunyai kulit berduri dan aroma durian yang sangat khas dan menyengat. Rasa durian ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak.

    Durian Merah ini durian eksotik karena buahnya berwarna merah darah. Makan durian ini tidak memabukkan karena kandungan alkoholnya relatif rendah. Durian Merah (Durio Graveolens) banyak terdapat di Kabupaten Kutai, hidup di hutan, ladang dan tepian sungai Mahakam.

    Durian Merah ini oleh masyarakat Dayak Kenyah disebut durian daun. Mungkin disebabkan lebar daunnya hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Tanaman ini menyukai jenis tanah endapan lumpur (alluvial) untuk tempat pertumbuhannya, dengan ketinggian 50 – 200 m.

    durian-isi-merah-1

    durian-isi-merah-2

    durian-isi-merah-3

    Durian berisi merah ini merupakan durian liar yang ditemui di hutan Kalimantan. Sama halnya dengan durian lainnya, durian ini mempunyai kulit berduri dan aroma durian yang sangat khas dan amat enak. Yang membuatkannya berbeza adalah warna isi buahnya yang berwarna merah. Daripada cerita yang saya baca di internet, isi durian ini lebih enak daripada durian biasa ;

  • Artikel dari http://www.izoblog.com

No comments:

Post a Comment