Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 19, 2010

Toleransi kunci kejayaan Aizdean di Jepun

Siapa yang kenal dengan nama Aizdean di sini? Tak ada bukan. Bagi kita pemilik nama itu bukan sesiapa kerana tiada apa yang dilakukan di negara ini.

Tapi kalau Aizdean keluar bersiar-siar di kota metropolitan Tokyo, Jepun tanpa memakai penutup mulut dan topi, dia tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti membeli-belah sebaliknya harus melayan peminat.

AIZDEAN MAHU RAKAM LAGU MELAYU.

Aizdean atau nama sebenarnya Muhammad Aizuddin Anwar ialah seorang pelajar dari Malaysia yang dihantar menuntut di Jepun lapan tahun lalu. Sambil belajar, dia mencari peluang mendekati orang yang terlibat dalam industri muzik di sana.

Berkat usahanya dan toleransinya dengan orang di sana, kini Aizdean sudah bergelar penyanyi pop Jepun apabila syarikat rakaman Hudson Music Entertainment mengedarkan album penuhnya berjudul Hadiah: The First Step sejak Mac lalu.

Syarikat tersebut menaruh kepercayaan memasarkan album itu setelah single I Need You Baby danDon't Go Away mendapat tempat di hati peminat apabila diketengahkan tahun lalu.

SANGGUP JAUH DARI KELUARGA DEMI CITA-CITA.

"Bukan mudah mendapat tempat di negara orang saya kena bertoleransi dengan mereka dan memahami budaya mereka juga. Malah semasa awal kemunculan, saya tidak diperkenalkan sebagai seorang penyanyi dari luar Jepun.

"Agaknya kerana mata saya sepet ada yang beranggapan saya sebagai orang Jepun. Sekarang barulah peminat tahu saya berasal dari Malaysia. Alhamdulillah mereka tetap menerima saya walaupun tahu saya bukan orang sana," katanya semasa ditemui ketika pulang bercuti ke Malaysia sejak Isnin lalu.

Sekarang Aizdean sudah mula mencipta nama di Jepun. Dia juga menjadikan kerja nyanyian sebagai pekerjaan utama dan menetap di Jepun setelah tamat belajar. Dia juga bekerja dalam bidang yang pelajarinya di sana dengan sebuah syarikat.

"Saya rasa inilah masa yang sesuai untuk saya memberi tumpuan kepada bidang muzik, sebab itu saya tidak mahu tangguh lagi apabila mendapat tawaran daripada syarikat Hudsun Music," kata Aizdean yang kini sudah mencecah usia 27 tahun.

Menerusi album pertama, Aizdean turut merakam sebuah lagu dalam bahasa Inggeris I Need You Baby A Cry Out of The Soul. I bertujuan memasarkan jenama Aizden ke Eropah dan Amerika kerana syarikat mempunyai rangkaian di sana.

Lagu-lagu lain yang dimuatlah ialahAlright, Don't Go Away, Music, Yell- Won't Let You Go, I Need You Baby, My Hero, Everything For You, Arigatodan One.

"Saya belum mencipta lagu untuk album ini tapi saya menulis sembilan lirik daripada 11 buah lagu yang dimuatkan dalam album sulung ini," katanya.

Cari tapak di Malaysia

AIZDEAN JADI ARTIS KEBANGGAAN MALAYSIA.

Setelah usahanya menghasilkan album di Jepun berjaya, Aizdean juga sedang berusaha untuk memanjangkan kerjaya seni di Malaysia. Dia tidak mahu dikatakan mengutamakan peminat muzik luar sahaja sebaliknya mahu dikenali di negara sendiri.

"Kontrak saya dengan Hudson Music hanya untuk album di sana sahaja. Saya tiada sebarang masalah untuk bernaung di bawah bumbung mana-mana syarikat rakaman di sini.

"Tapi kalau boleh, biarlah wujud kerjasama di antara kedua-dua syarikat (sekiranya dapat tawaran di Malaysia) kerana saya mahu membina jambatan di antara Malaysia dan Jepun melalui muzik saya.

"Kalau boleh saya mahu menjadi duta kecil dalam usaha menjalinkan kerjasama itu. Kalau ada kerjasama itu mungkin juga album yang saya rakam dalam bahasa Jepun boleh dipasarkan di sini," ujarnya kepada Mangga Online.

Keluarga tak tahu Aizdean jadi artis

KEPULANGAN BAWA KEJUTAN BUAT KELUARGA.

Aizdean sebenarnya tidak memberitahu keluarganya yang dia sudah bergelar artis di Jepun. Dia hanya memaklumkan kepada kakak dan adiknya sahaja pasal perkara itu.

"Semasa saya pulang semalam (Isnin) barulah saya memberitahu mereka. Ibu dan bapa saya terkejut apabila mengetahui pasal album yang saya hasilkan tapi mereka tetap memberi sokongan kepada saya," jelas anak bujang itu lagi.

Keluarga memang tahu minatnya dalam muzik kerana pernah menyertai kumpulan nasyid semasa bersekolah, tapi mereka tidak menyangka yang dia nekad menjadi artis dan menghasilkan album sambil bekerja di Jepun.

"Semasa pulang ke Malaysia dua tahun lalu saya tidak memberi tahu yang saya menyanyi di kelab, live house, hotel, pasaraya dan lain-lain tempat. Sekarang baru saya memberitahu mereka kerana saya sudah menjadi artis secara profesional," katanya lagi.

Oleh: ROSLI MANAH Foto:ZAKARIA IDRIS

No comments:

Post a Comment