Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 19, 2010

Ella memang hebat

Ella memang masih hebat. Energinya masih sama sebagaimana ketika aktif mengadakan konsert sekitar 15 tahun lalu. Ella yang nampak pemalu dan suka mengibas rambut itu akan jadi Ella yang lincah dan manja apabila beraksi di atas pentas.

Itulah juga gaya Ella di dalam Konsert Ella & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ella mengadakan persembahan pada malam ini dan malam esok. Raptai penuh diadakan malam tadi.

BERMANJA DENGAN AHMAD JAIS

Konsert itu dibawakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sempena Festival Muzik KL 2010 yang memulakan langkah melalui konsert Ella. Tanpa penaja, konsert itu menjadi nyata melalui usaha JKKN yang sentiasa menyokong usaha artis tempatan.

Ella bertuah kerana memiliki puluhan lagu popular sejak 22 tahun pembabitannya. Walaupun bukan semua lagu dipersembahkannya, ia masih mampu mengembalikan nostalgia kehebatan Ella dan lagu-lagunya.

Saya sendiri pernah menonton beberapa siri konsert Ella semasa syarikat jenama rokok dibenar menaja dulu. Ella masih seperti yang dulu. Bezanya kali ini pergerakannya tidak boleh seliar dulu kerana mahu sesuaikan dengan pentas Istana Budaya yang memerlukan penonton duduk.

Lagu-lagu antaranya PPP, Rama-rama, Kitalah Bintang, Bayangan, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Pengemis Cinta menjadi pilihan dalam segmen lagu hit Ella yang menjadi pembuka selera.

NOSTALGIA CINTA PEMBURU BAYANG.

Ella turut mempersebahkan Layar Impian, Kesal, Standing In The Eyes of The World dan lain-lain yang membolehkan penonton turut menyanyi bersama.

Artis undangan bukan sekadar tempelan

Ella mengundang Datuk Ahmad Jais, Awie dam Joe Wing untuk bersama-sama mengindahkan lagi konsert tersebut. Bukan sekadar tempelan sebaliknya kemunculan mereka sememangnya meninggalkan impak besar dalam persembahan tersebut.

Sebagai penyanyi yang digelar ratu rock pasti ada yang beranggapan Ella tidak boleh menyanyikan lagi-lagu tradisional. Ella pernah menafikan kenyataan itu semasa menyanyikan lagu tradisional dalam persembahan lalu.

Kali ini kemunculan Ella dalam versi tradisional lebih berimpak dengan kehadiran Ahmad Jais. Mereka menyanyikan lagu duet Budi Setahun Segunung Intan.

KONSERT YANG SANGAT MENGHIBURKAN.

Memang lenggok Ella tidak sama dengan Kartina Dahari, namun ada keindahan dalam gandingan mereka, apatah lagi apabila dinyanyikan di pentas rock. Ella turut menyanyikan lagu Ulik Mayang dan Jauh Di Mata.

Awie muncul dengan lagu duet hot mereka petikan filem Pemburu Bayang, Baldu Biru dan turut berduet mempersembahkan Dua Insan Bercinta. Inilah lagu yang dilihat jadi persembahan kemuncak konsert itu. Gandingan ini pasti akan terus diingati.

GAYA DIVA ROCK ELLA.

Lagu penghargaan

Ella turut memilih lagu-lagu yang ditujukan kkas kepada orang yang paling penting dalam perjalaan seninya selama ini dalam segmen tribute.

Simbiosis (peminat), Nuri (peminat),Puisi Hamba (pemuzik, industri dan penerbit) serta lagu barunya Kitayang ditujukan khas kepada anggota keluarga.

Istimewanya apabila klip foto lama Ella bersama anggota keluarga dilayarkan sepanjang Ella mempersembahkan lagu tersebut.

Sememangnya konsert ini tidak patut diabaikan sekiranya anda peminat muzik. Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250 boleh dibeli terus di kaunter Box Office, Istana Budaya. Pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang www.ticket2u.biz.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-4149 8600 dan 03-4026 5558 (waktu pejabat: 9.00 pagi – 6.00 petang), atau layari www.klfestival.org.my.

No comments:

Post a Comment