Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, July 24, 2010

America’s Next Top Model Season 10 di 8TV

AMERICA’S NEXT TOP MODEL
MUSIM KE-10!
Tyra Banks Kembali Menemui Anda di 8TV!

TARIKH SIARAN: 2 JULAI 2010, JUMAAT
MASA: 10.00 malam
EPISOD: 13 EPISOD
BAHASA: INGGERIS

Pencarian sudah bermula! America’s Next Top Model kini kembali untuk musim yang ke-10! Program realiti TV terhangat dan paling seksi telah kembali dengan wajah baru, cabaran baru dan pastinya lebih banyak drama! America’s Next Top Model yang dicetuskan oleh supermodel terkenal dunia Tyra Banks pasti membuat anda tidak lekang dari kaca TV. America’s Next Top Model akan menemui anda setiap Jumaat jam 10.00 malam bermula 2 Julai 2010 secara eksklusif di saluran hip 8TV.

Selaku penerbit eksekutif siri terhangat ini, Tyra Banks dan Ken Mok akan membawa anda melihat transformasi peserta yang terdiri daripada gadis biasa bertukar menjadi supermodel.

Kali ini America’s Next Top Model telah kembali ke bandar raya New York di mana musim pertama rancangan ini bermula. 14 peserta yang tinggal bersama-sama akan bersaing untuk memenangi kontrak CoverGirl Cosmetics bernilai $100, 000, liputan fesyen dalam majalah Seventeen serta peluang bekerja dengan agensi model Wilhelmina Models.

Musim terbaru ini turut memperkenalkan juri baru iaitu supermodel lagenda Paulina Porizkova menggantikan Twiggy. Beliau yang pernah muncul dalam majalah People’s Magazine 50 Most Beautiful People, mempunyai personaliti hebat dan berkarisma serta pengalaman menjadi penghias kulit majalah terkemuka seperti Elle, Vogue, Cosmopolitan dan Glamour membuatkan Paulina sempurna untuk menggalas tugas tersebut!

Turut serta ialah jurulatih model terkenal, Jay Manuel, J. Alexander, jurugambar terkenal dunia Nigel Barker serta Tyra Banks sendiri. Barisan juri bertanggungjawab dalam memberi panduan serta menentukan siapa yang bakal bergelar America’s Next Top Model.

Setiap minggu peserta akan diberi tugasan dan cabaran baru bagi memenangi ganjaran mingguan mempunyai foto yang sempurna sekaligus membuktikan kepada juri bahawa mereka layak bergelar America’s Next Top Model.
Kali ini, penonton dapat mengenal pasti Marvita, iaitu peserta musim ke-9 yang tidak berjaya ke peringkat separuh akhir kembali bagi membuktikan bahawa beliau layak menjadi America’s Next Top Model.

“Bersedia untuk menyaksikan pelbagai emosi, kritikan hebat dan drama dalam musim terbaru ini apabila peserta-peserta menunjukkan personaliti dan sikap yang berbeza di sepanjang pertandingan ini” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Pastikan anda membuat temujanji bersama kami setiap Jumaat bermula 2 Julai 2010 jam 10.00 malam, secara eksklusif di 8TV. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Jangan lupa untuk menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my menerusi telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV di www.8tv.com.my

No comments:

Post a Comment